PLAY PODCASTS
Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

110 episodes — Page 2 of 3

Arsenal tampar City, Newcastle kasih Flying Elbow! | Bola itu Life

Bola itu Life minggu ini, Keesh & Faiz sentuh mengenai perpindahan Januari yang cukup meraih, kem Arsenal bagi tamparan padu kepada Man City di Emirates, buat penyokong Gunners kembali berangan nak julang trofi liga. Tapi angan-angan tak panjang bila berkunjung di St. James' Park, mimpi Arsenal untuk Carabao Cup dipadamkan. Bola memang penuh plot twist! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Feb 7, 202554 min

S4 Ep 24Siapa Quentin Cheng sebenarnya? | Bola Itu Life

Quentin Cheng, nama yang bukan lagi asing dari buah mulut pengamat bola sepak Malaysia. Bola Itu Life Istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina membawakan anda prospek muda Selangor FC yang digilap dari tanah Australia, ke bumi Malaysia menjadi seorang bek kanan gigih merobek sisi sayap lawan. Nikmatilah perjalanan beliau dari ubi muda di Central Coast Mariner, panggilan 'sosial media' U23 ke Sukan Sea, seruan Harimau Malaya, kembara bersama Gergasi Merah dan lensa kehidupan bakat ini dalam mengaamati bola sepak tanah air. Segala bentuk pengorbanan demi perjalanan bermain bola sepak, dari meninggalkan bumi lama yang menjadi sandaran seumur hidupnya, sehingga panggilan 'scam' merubah hidup ke arah yang lebih bermakna. Bola Itu Life, mendalami kisah hidup Quentin Cheng pada segenap lensa. Selamat tahun baru Cina kepada semua yang menyambutnya. Semoga tahun-tahun mendatang membawa seribu satu kelestarian dan kebahagiaan kekal lamanya. Inilah kisah perjalanan Quentin Cheng, nikmatilah sisi kehidupan beliau bersama Keesh dan Faiz Gurun. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 31, 202551 min

S4 Ep 23Krisis Man City bakal menukar trend bola sepak Eropah? Dortmund & Man United dijangkiti penyakit sama... | Bola itu Life

Minggu yang penuh dengan aksi menarik di pentas bola sepak antarabangsa. Diego Simeone menunjukkan pengalaman beliau satu faktor menundukkan Xabi Alonso & Bayer Leverkusen di Stadium Metropolitano. Keesh dan Faiz mendalami mesej tersirat pasukan Ferrari di sebalik gambar ikonik pengumuman rasmi Lewis Hamilton. Perpindahan Januari Manchester City yang aneh? Projek Nuri Sahin terkandas di Dortmund. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 24, 202555 min

Ramuan istimewa pacu Nottingham Forest & Kai Havertz, Top ke Flop? | Bola itu Life

Minggu ini di Bola Itu Life, saksikan perbincangan menarik tentang bintang muda Akademi La Masia yang berjaya menundukkan Kota Madrid, isu panas di Nottingham Forest dengan label ‘Not Good Enough’, serta ulasan North London Derby yang suram tetapi Kai Havertz mencuri perhatian. Tak ketinggalan, Keesh dan Faiz mencuba sesuatu yang berbeza apabila mereka berhadapan dengan soalan-soalan SPM! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 17, 202551 min

S4 Ep 21Arne Slot terkejut dengan taktikal Ruben Amorim di Anfield, pemecatan Shin Tae-Yong satu keputusan yang besar! | Bola Itu Life

Corak permainan Manchester United semakin maju dengan kehadiran Ruben Amorim manakala Shin Tae-Yong memandu TIMNAS ke garisan yang betul dan sekarang beliau dipecat. Apa sebab sebenarnya? Tahun baru buat Newcastle United membuka jalan dengan kejayaan, 6 perlawanan tanpa kekalahan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 10, 202558 min

Ruben Amorim, jangan ulangi kesilapan yang sama seperti Erik Ten Hag! | Bola itu Life

Minggu ini di Bola Itu Life, Ethan Nwaneri mencuri tumpuan sebagai bintang muda yang berpotensi menjadi sensasi dunia, sementara Ruben Amorim berdepan cabaran untuk mengelak kesilapan Erik Ten Hag. Kami juga kupas spekulasi perpindahan Trent Alexander-Arnold ke Madrid—adakah dia akan memilih kesetiaan atau mengejar impian? Selain itu, muka-muka baharu di Kelana Jaya membawa harapan perubahan yang lebih cerah. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 3, 202556 min

Terbaik dari yang terbaik, tahun 2024! | Bola itu Life

Tahun 2024 menyaksikan detik-detik luar biasa dalam dunia bola sepak! Gian Piero Gasperini terus mencipta inspirasi dengan taktikal luar biasa bersama Atalanta, manakala Hansi Flick memulakan era baharu dengan kemenangan bersejarah dalam debut El Clasico. Lamine Yamal membuktikan usia hanyalah angka dengan prestasi luar biasa sepanjang tahun, manakala legasi Sven-Göran Eriksson terus dikenang sebagai salah satu pengurus paling berpengaruh dalam sejarah. Tidak ketinggalan, perlawanan epik Korea 3-3 Malaysia menjadi simbol semangat dan emosi bola sepak yang sebenar, mencuri perhatian peminat di seluruh dunia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Dec 27, 202458 min

Temasek Derbi: Kita wajib tumbangkan Singapura di Bukit Jalil! | Bola itu Life

Episod kali ini di Bola Itu Life membawa pelbagai cerita menarik! Timor Leste menutup tirai AMEC 2024 dengan skrip yang berbeza, sementara Temasek Derby di Bukit Jalil bakal mencuri perhatian dengan key-battle yang mendebarkan. Selepas 20 tahun bersama, adakah Marcus Rashford akan memilih perpisahan? Tidak ketinggalan, misi Pau Marti yang bertekad untuk tidak pulang dengan tangan kosong. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Dec 20, 202456 min

Oh Malaysiaku, apa sudah jadi? | Bola itu Life

Bola itu Life minggu ini, menyentuh dua persembahan skuad kebangsaan di pentas AMEC 2024. Kekecewaan disebalik kemanangan, kritikan berbanding makian dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Dec 13, 202455 min

AMEC: Simbol kebanggaan bola sepak Asia Tenggara semakin muram? | Bola itu Life

Bola itu Life minggu ini mendalami sejarah & aura kejohanan berprestij AMEC yang kini semakin muram. Adakah matlamat setiap pasukan kebangsaan ketika ini adalah berbeza sehingga membuka jurang yang besar mengenai tahap kompetisi dan intensiti kejohanan ini? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Dec 6, 202439 min

Dari Ajax ke Indonesia, ini kisah Ezra Walian! | Bola itu Life

Bola itu Life miggu ini menerima kehadiran istimewa pemain dari negara jiran, Indonesia iaitu Ezra Walian. Pemain yang memulakan kariernya di Ajax ini adalah antara pemain terawal yang dinatrulisasikan oleh Timans Indonesia. Dengarkan bagaimana perjalanan kariernya, dari sesi latihan bersama Donny van de Beek, mengambil keputusan untuk berjihrah ke Indonesia dan menyarung jersi Persib Bandung! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Dec 4, 20241h 6m

90 minit pertama Ruben Amorim, krisis Manchester City & musim terakhir Mo Salah? | Bola itu Life

Bola itu Life minggu ini cukup padat dengan diskusi & perbahasan yang anda tidak mahu terlepas! Dari 90 minit pertama Ruben Amorim di United, badai yang kini melanda Etihad dan arah tuju Mohammad Salah di Anfield, semunya dalam satu jam cukup membahagiakan bersama Faiz Gurun & Keesh Mat Stats! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Nov 29, 202459 min

Kad Laporan Harimau Malaya & hala tuju bola sepak kita! | Bola itu Life

Minggu ini, Bola itu Life berbesar hati untuk memperkenalkan 'super-sub' kami yang menggantikan Faiz Gurun buat seketika, Aiman Sekaiichi! Keesh dan Aiman berbicara mengenai prestasi semasa Harimau Malaya dan juga negara-negara lain disekitar rantau Asean. Selain itu, kita menjenggah tentang ura-ura baru berkenaan penstrukturan baru di Kelana Jaya yang bakal kita saksikan akan datang! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Nov 22, 20241h 0m

Title Race Serie A sajikan pelbagai naratif menarik & pertemuan TMJ & Erick Thohir! | Bola itu Life

Pembuka biacara Bola itu Life minggu ini ialah mengenai pertemuan dua hala diantara Tengku Mahkota Johor dan Erick Thohir, yang pastinya menjanjikan sesuatu yang menarik di masa akan datang. Seterusnya, kita ke Itali, menjengah sebuah 'title race' yang cukup sengit, hangat dan dahsyat! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Nov 15, 202449 min

Apa makna kedatangan Rúben Amorim dan pemergian Erik Ten Hag buat Manchester United? | Bola itu Life

Bola itu Life minggu ini, menyelami kedatangan Rúben Amorim dan pemergian Erik Ten Hag buat Manchester United, drama-drama José Mourinho di Istanbul, krisis yang ditimpa secara bertubi-tubi oleh Real Madrid dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Nov 8, 202454 min

S4 Ep 11Bola Itu Life Special Deepavali

Bola Itu Life selalunya bercakap pasal bola tetapi kalini kami bawakan special khas buat anda semua. Faiz & Keesh akan lebih borak pasal budaya, perayaan, negara dan yang penting Faiz & Keesh perlu membina satu negara mereka sendiri. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Nov 1, 202457 min

S4 Ep 10UCL Reviu: Madrid & Barca garang, kisah JDT di Yongin dan Selangor tumbangkan bekas juara ACL! | Bola itu Life

Bola itu Life minggu ini mendalami kisah LeBron & Bronny James yang membuat sejarah baru anak-ayah di NBA, kisah José Mourinho yang berdepan United, reviu dua gergasi Sepanyol di pentas UCL dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Oct 25, 202453 min

S4 Ep 9Kad Laporan Harimau Malaya: Kenapa kita kena komen yang murni-murni? | Bola itu Life

Selepas episod duka di New Zealand tempoh hari, apakah hala tuju pasukan kesayangan kita semua, Harimau Malaya? Kini, hanya kad laporan bergred C mampu diberikan oleh Keesh & Faiz. Disamping itu, kita mendalami juga rakan-rakan ASEAN kita dalam perjalanan mereka di pentas dunia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Oct 18, 202458 min

S4 Ep 8Identity, Variation & Sustainability: Permasalahan Utama buat Erik Ten Hag? Tribute untuk Andres Iniesta! | Bola itu Life

Identiti Manchester United bercelaru, adakah Omar Marmoush pengganti Mo Salah, dan 22 tahun Andres Iniesta mewarnai pentas bola sepak. Mari ikuti Keesh dan Faiz dalam perbincangan ini, hanya di Bola itu Life! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Oct 11, 202457 min

S4 Ep 7UCL Reviu: Villa kejutkan Bayern, Kota Madrid lumpuh & aura Cole Palmer tiada tandingan! | Bola itu life

Kebangkitan Brennan Johnson dan masalah kewangan KL City sehingga prestasi pemain-pemain merosot, 'overwhlemed' dengan kejutan UCL yang menarik, budaya sokongan ultras memberi 'highs' kepada pemain-pemain, aura Cole Palmer di Chelsea menunjukkan Cole Palmer pemain terbaik di Premier League ketika ini? Mari ikuti Keesh dan Faiz dalam perbincangan, hanya di Bola itu Life! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Oct 4, 202458 min

S4 Ep 6Man City vs Arsenal sajikan vibe 'Barclays', Mees Hilgers ikat United di Old Trafford & nafas baru buat Barca!

Manchester City vs Arsenal dari drama dalam & luar padang, isu ‘Sportmanship’, keputusan Michael Oliver, kad merah Leandro Trossard & perangai Erling ‘Big Baby’ Haaland, semuanya kita bicarakan! Coretan Mees Hilgers yang pastinya bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak di Asia Tenggara, ke cerita Muhammad Nazmi Nasaruddin yang mengadili pertemuan El Clasico Indonesia diantara Persib & Persijia dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Sep 27, 202457 min

S4 Ep 5Arif Aiman permata Malaysia, Syarat MFL akan mengoyangkan pemain tempatan.

Perjuangan Arif Aiman sebagai pemain tempatan di ACL mengegarkan bumi Shanghai, MFL meletakkan syarat baru bagi pengambilan pemain asing sehingga 12 orang & terbongkar kisah Faiz & Keesh ketika kecil. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Sep 21, 202456 min

S2 Ep 4Kad Laporan Harimau Malaya di Pestabola Merdeka & Indonesia memotong Malaysia dalam kedudukan FIFA!!

Isu dalaman KDA FC tiada penyudah, Timnas Indonesia mengejutkan bumi Asia dan impak Harimau Malaya dibawah kendalian Pau Marti ke arah positif!! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Sep 13, 20241h 4m

S2 Ep 3Harimau Malaya seperti kehilangan taring di bawah Pau Marti & Casemiro mangsa sistem Erik ten Hag

Minggu ini gandingan Bola itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun menganalisa kekalahan Man United di Old Trafford disamping membincangkan impak awal Arne Slot di Liverpool. Tumpuan terarah ke perlawanan pertama Pau Marti yang tampak kurang memberangsangkan menentang Filipina di Pesta Bola Merdeka. Segmen khas sempena bulan kemerdekaan penuh dengan kisah suka duka Bola Itu Life. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Sep 5, 202458 min

S2 Ep 2Selangor tak belajar dari kesilapan lalu..Syafiq Ahmad kembali namun kelibat Hong Wan masih samar | Bola Itu Life

Percaturan salah Selangor membawa padah di final namun persembahan Sam Somerville menjadi tanda tanya penyokong Red Giants. Pemilihan skuad Harimau Malaya oleh Pau Marti masih tiada kelibat Hong Wan, berita baik Syafiq Ahmad kembali menyarung jersi. Reviu Big 6 Premier League selepas dua perlawanan. Chelsea menang besar tetapi masalah luar padang masih belum selesai. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Aug 29, 202459 min

S4 Ep 1Barca duitnya tiada - otaknya pula hilang, Chelsea pula masih mahu kekal dibawah! | Bola itu Life S4

Memulakan musim ke-4 Bola itu Life, gandingan Keesh dan Faiz berbicara tentang Pau Marti sebagai Ketua Jurulatih baharu negara, situasi yang menyedihkan buat Barca dan Chelsea, dan ada kejutan istimewa di penghujung episod! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Aug 23, 202458 min

S1 Ep 34Era baru Real Madrid mengerikan & Euro 2024 bakal jadi perhatian! | Bola itu Life

Untuk episod terakhir Bola itu Life musim ketiga ini, Keesh & Faiz hilang kata-kata melihat empayar cukup besar yang sedang dibina Real Madrid! Kepulangan Jose a.k.a 'The Special One' juga disambut baik peminat di seluruh dunia serta 'preview' Euro 2024! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jun 7, 20241h 21m

S1 Ep 33Adakah harapan Kim Pan Gon terlalu sukar buat persekutuan bola sepak, pengendali liga, kelab bola sepak & pemain-pemain? | Bola itu Life

Bola itu Life minggu ini, Keesh & Faiz berbicara tentang kemenangan piala FA tempoh hari, drama-drama yang membawa kepada final UCL, keluar-masuk pengurus-pengurus di kelab Liga Eropah dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

May 31, 202455 min

S1 Ep 32Tribute terakhir buat Jurgen Klopp dari Bola itu Life!

Bola itu Life minggu ini menjengah hari-hari terakhir sosok istimewa Jurgen Klopp di Anfield. Mendalami episod suka duka penuh emosi sepanjang perjalanan beliau menerajui Liverpool. Keesh dan Faiz juga menyentuh episod pemecatan Mauricio Pochettino dari kem Chelsea dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

May 24, 202456 min

S1 Ep 31'Last Lap' Liga Perdana Inggeris dan kemeriahan minggu pertama Liga Super

Amad Diallo watak tidak didendang oleh Ten Hag, Arda Guler penyelamat Real Madrid sekali lagi, Spurs buat peminat Arsenal putih mata, City teruskan kemaraan. Terbitnya drama minggu pertama Liga Super yang akan sentiasa memberi keseronokan buat peminat bola sepak tempatan. Paulo Josue beri penghormatan buat Faisal Halim, persahabatan tanpa sempadan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

May 17, 202457 min

S1 Ep 30Bola itu Life Istimewa: Diambang Sepak Mula Liga Malaysia 2024/25!

Istimewa episode Bola itu Life kali ini, kita bawakan khas nama-nama yang sering menghiasi landskap bola sepak tempatan, dari pengacara, wartawan dan juga pengulas! Perbincangan santai mengenai struktur baru liga, jersi & bola rasmi, jendela perpindahan dan persaingan di puncak liga bakal menghiasi penceritaan kali ini, diadukan dengan gabungan yang cukup menarik. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

May 10, 20241h 22m

S1 Ep 29Sang Pejuang Faisal Halim, secebis diri kita didalam dirinya! | Bola itu Life

Dari insiden yang membabitkan Faisal Halim ke Old Trafford, Bola itu Life mengupas segenap dimensi bola sepak, dalam dan luar negara! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

May 10, 202458 min

S1 Ep 28‘Quadruple’ Liverpool kini hanya kenangan & review separuh akhir UCL! Bola itu Life

Bola itu Life minggu ini, kita berbicara tentang penangan Kai Havertz sebagai ‘senjata Rahsia’ Arteta, Jadon Sancho meletup di separuh akhir UCL dan kejatuhan Liverpool dihujung persimpangan perpisahan bersama Jurgen Klopp! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

May 3, 202455 min

S1 Ep 27Kad Laporan Harimau Muda di Piala Asia U-23: Gred D! | Bola itu Life

Bola itu Life minggu ini menjengah prestasi anak-anak muda yang membawa negara ke pentas terbesar Asia baru-baru ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Apr 26, 202457 min

S1 Ep 26Arsenal & Manchester City kecundang berjemaah! | Bola itu Life

Perbahasan mengenai saingan suku akhir, Champion League yang menyaksikan kelab-kelab Queen Elizebeth kecundang ditangan kuasa besar Eropah! Mendalami juga langkah pertama Harimau Muda di Qatar serta kerja gila Xabi Alonso! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Apr 19, 202457 min

S1 Ep 25Keesh & Faiz pilih pemain-pemain berkelas dunia, untuk pasukan Liga Super! | Bola itu Life

Bersempena dengan perayaan aidilfitri yang mulia ini, duo kegemaran anda, Keesh Mat Stats dan Faiz Gurun tampil dalam 1 jam cukup istimewa bersempena lebaran tahun ini! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Apr 12, 20241h 7m

S1 Ep 24Isu Surat Layang: FAM perlu lebih 'gentleman'! | Bola itu Life

Keesh dan Faiz kembali minggu ini, dengan topik yang cukup berat, mengupas satu per satu, tentang dakwaan melalui surat layang yang ditujukan kepada FAM! Pendekatan, pengursusan krisis dan kontroversi Ultras Malaya dikupaskan dalam satu jam! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Apr 5, 202458 min

S1 Ep 23Kad Laporan: Identiti Harimau Malaya Hilang, KPG Tak Menjadi | Bola Itu Life

Kad laporan penuh Harimau Malaya di kelayakan Piala Dunia menentang Oman di Stadium Bukit Jalil. Perbincangan kegagalan Malaysia menentang Oman yang kurang memberangsangkan di bawah pimpinan Kim Pan Gon. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Mar 29, 202457 min

S1 Ep 22Pengajaran berguna untuk skuad Harimau Malaya di Oman | Bola Itu Life Special

Bola Itu Life Special merungkai perlawanan kelayakan Piala Dunia , dimana pasukan Malaysia tumpas 2-0 di tangan Oman. Apa yang boleh dipelajari oleh pemain-pemain Harimau Malaya untuk aksi seterusnya di Stadium Bukit Jalil pada 26 Mac 2024. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Mar 22, 202432 min

S1 Ep 21Old Trafford jadi saksi salah satu perlawanan terbaik 2024!

Istimewa kali ini, Bola itu Life bersiaran dari NWRC, Sungkai, Perak. Selain mengagumi keindahan dan keunikan flora dan fauna, kita menelusuri juga bibit-bibit penting dari perlawanan cukup dramatik, Manchester United menentang Liverpool dan juga pemilihan Nidzam Jamil sebagai ketua jurulatih Selangor dalam tahun yang cukup mencabar. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Mar 21, 202450 min

S1 Ep 20Drama, Intensiti, Nostalgia - Liverpool vs Man City ada segalanya! | Bola itu Life

Satu jam cukup pada membahas perlawanan 'Title Decider' diantara Liverpool & Manchester City! Selain menjenguk persiapan skuad kebangsaan dalam mendepani cabaran Oman di kelayakan piala dunia pada 22 & 26 Mac. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Mar 16, 202452 min

S1 Ep 19Title Race makin sengit, siapa bakal juara Premier League? | Bola itu Life

Tiga pasukan yang hanya dibezakan satu mata antara satu sama lain. Menarik untuk kita lihat 'Title Race' diantara Liverpool, Arsenal dan Manchester City. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Mar 8, 202459 min

S1 Ep 18Perpisahan demi perpisahan: Tan Cheng Hoe pergi, Jurgen Klopp ucap selamat tinggal!

Jurgen Klopp bakal meninggalkan sebuah legasi luar biasa di Anfield manakalan diatas persetujuan bersama, Selangor dan Tan Cheng Hoe sah ucap selamat tinggal, dan banyak naratif berbeza menghiasi perpisahan mengejut ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Mar 1, 202458 min

S1 Ep 17Genggam bara api biar sampai jadi arang : Perjalanan karier Fergus Tierney

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri, gaya Fergus Tierney! Pemain kelahiran Scotland membesar di Pulau Pinang sejak kecil sehingga menyarung jersi squad kebangsaan bawah 23. Fergus yang kini beraksi untuk Johor Darul Ta'zim turut berkongsi pengalaman dari pemain akademi sehingga bergelar pemain pro. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Feb 23, 20241h 18m

S1 Ep 16Penstrukturan semula Man United di bawah INEOS bakal memberi nafas baru | Bola itu Life

Pergolakan dalam kem Piala Asia Korea Selatan makin runsing dengan masa depan Jurgen Klinsmann tampak suram. Mampukah Manchester United kembali menjadi kelab elit dibawah pengurusan baru , INEOS ? Walaupun berbelanja besar dalam jendela perpindaan musim panas, Bayern Munich kini dalam krisis. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Feb 16, 202456 min

S1 Ep 15Memperingati sosok istimewa, lagenda bola sepak negara Mohd Azraai Khor Abdullah | Bola itu Life

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Azraai Khor yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun, beliau yang juga jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010 telah membawa Kedah muncul juara pada 2007 dan 2008, selain turut pernah membimbing beberapa pasukan tempatan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Feb 9, 202458 min

S1 Ep 14Cerita dari seberang: Indonesia & Thailand puas hati persembahan pasukan di Piala Asia!

Episod Bola itu Life kali ini membawa dua sosok individu dari Indonesia dan Thailand, yang masing-masing giat dalam industri bola sepak di negara tercinta. Perbahasan mengenai prestasi Thailand dan Indonesia di pentas Piala Asia 2023, bersama Keesh dan Faiz! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Feb 2, 20241h 0m

S1 Ep 13Malam yang indah buat peminat bola sepak Harimau Malaya ! | Bola Itu Life | EP13

Son Heung Min kempunan tanpa kemenangan menentang Harimau Malaya & siapa Pemain Terbaik dalam perlawanan yang penuh drama ni ? Tidak ketinggalan , hala tuju Harimau Malaya selepas Piala Asia 2023. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 26, 202458 min

S1 Ep 12Datuk Ong Kim Swee REVIU prestasi pasukan Harimau Malaya di Piala Asia | Bola Itu Life Special | EP12

Episod khas Bola itu Life minggu ini, membawakan sosok ini yang pernah mengemudi pasukan kebangsaan dan kini pasukan Sabah FC.Banyak perkongsian Datuk Ong Kim Swee dari Sukan Asia 2018 menewaskan Korea Selatan dan merumus persembahan pasukan Harimau Malaya di Piala Asia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 24, 20241h 25m

S1 Ep 11Ini bukan 'standard' Harimau Malaya! | Bola Itu Life | EP11

Kejohanan besar seperti Piala Asia menjanjikan 1001 perkara, adakah pada akhirnya percaturan Kim Pan-Gon akan menjadi salah satu sebab kita bergembira atau berduka? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 19, 202458 min