PLAY PODCASTS
Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

SYOK Podcast

110 episodesMS

Show overview

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] has been publishing since 2023, and across the 3 years since has built a catalogue of 110 episodes. That works out to roughly 110 hours of audio in total. Releases follow a weekly cadence, with the show now in its 4th season.

Episodes typically run thirty-five to sixty minutes — most land between 56 min and 59 min — and the run-time is fairly consistent across the catalogue. None of the episodes are flagged explicit by the publisher. It is catalogued as a MS-language Sports show.

The show is actively publishing — the most recent episode landed 2 weeks ago, with 16 episodes already out so far this year. The busiest year was 2024, with 46 episodes published. Published by SYOK Podcast.

Episodes
110
Running
2023–2026 · 3y
Median length
58 min
Cadence
Weekly

From the publisher

Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza. Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta. Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802

Latest Episodes

View all 110 episodes

Man United is back! Penantian 20 tahun Arsenal & misi piala pertama Selangor! | Bola itu Life

May 7, 202653 min

Dato' Azizulhasni Awang the GOAT & malam indah separuh akhir Champions League! | Bola itu Life

May 1, 202654 min

Arsenal dalam fasa 'bottle'? dan 'KENIKMATAN' malam UCL | Bola itu Life

Apr 17, 20261h 0m

Arsenal hampir berputih mata, Liverpool tersungkur dan cerita 'local pride' dari Thailand! | Bola itu Life

Pemergian Mohamed Salah selepas 9 tahun penuh gemilang bersama Liverpool, hingga Bernardo Silva yang dilihat bakal menutup satu bab penting bersama The Citizens. Dalam masa sama, Arsenal terus mengekalkan momentum cemerlang, manakala Liverpool semakin bergelut mencari rentak. Tidak ketinggalan, kejutan dari Asia apabila Bangkok United tampil dengan aksi luar biasa untuk menumbangkan Gamba Osaka — bukti bola sepak rantau ini semakin mencabar! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Apr 10, 202655 min

Kad Laporan Harimau Malaya: Identiti ditinggalkan, suara penyokong dipinggirkan | Bola itu Life

Episod kali ini kita selami cerita besar dunia bola sepak yang sedang panas membara! Iraq akhirnya kembali ke pentas Piala Dunia selepas 40 tahun, satu kisah kebangkitan yang penuh emosi dan harapan baharu buat negara. Dalam masa sama, Itali pula terus terperangkap dalam kemelut prestasi, seolah-olah berada dalam mimpi ngeri yang tiada penghujung. Di tanah air, prestasi Harimau Malaya jadi tanda tanya, penyokong mula bersuara, harapan mula goyah. Namun di rantau Asia Tenggara, jiran-jiran kita tampil dengan aksi yang cukup membanggakan, mencuri perhatian pentas antarabangsa. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Apr 3, 202655 min

Pesta gol di Camp Nou serta ucapan Selamat Tinggal kepada Piala Asia 2027!

Episod minggu ini diperhangatkan dengan Kejuaraan AFCON milik Senegal yang ditarik balik & diberikan kepada Morocco! Liga Juara Juara Eropah menyaksikan 9 gol di Camp Nou, pemain Chelsea hilang hormat kepada Liam Rosenior serta comeback Liverpool di Anfield... Kita akhiri episod dengan Harimau Malaya mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia edisi 2027 Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Mar 19, 202657 min

Man Utd kembali ke perangai lama?

Kemelut Asia Barat melanda dunia sekarang ini terus cipta persepsi kurang enak akan pertandingan World Cup pada tahun ini, kali ini pasukan bola sepak wanita Iran mempamerkan 'national anthem' yang cukup perit. Atletico Madrid mara ke final Copa Del Rey hasil dinding tebal Simeone sekali lagi, Remontada Barcelona tidak berjaya di Camp Nou. Pasukan EPL semakin menjadi-jadi, Man Utd tewas kepada 10 orang pemain Newcastle yang begitu bersemangat, Man City juga tidak berjaya merapatkan diri dengan Arsenal, dan pasukan Arteta terus cetus ketidaktenteraman kali ini dengan 'gaya permainan'. Debaran bola sepak Eropah dan Asia terus dirasai, JDT menang bergaya ke atas Sanfrecce Hiroshima, selangkah ke Jeddah? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Mar 5, 202658 min

Perebutan Top 4 EPL: Arsenal lari, Man City mengejar!

Bola Itu Life episod kali ini memberi fokus kepada kartel Mexico yang sedikit sebanyak menganggu ekosistem bola sepak Piala Dunia sehingga liga tutup! Bodo/Glimt ibarat pasukan istimewa di UCL tahun ini, sekali lagi dengan kejutan menentang Inter Milan. Di kancah tempatan, Nidzam Jamil dan Negeri Sembilan berpisah, dan yang paling tertekan, tak lain tak bukan Arsenal yang tidak jauh dengan lawan terdekat Manchester City, mendapat rentak dibawah Pep Guardiola! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Feb 26, 202655 min

Vini Jr tersakiti, Jose Mourinho dipertikai!

Benfica dan Real Madrid sekali lagi cipta topik hangat yang kurang enak, Vini Jr tersakiti dan komen Jose Mourinho menambah api semarak isu rasisme yang semakin menular, tendang rasisme keluar dari bola sepak! Selangor dan Kim Pan-gon terus pamer rentak menakjubkan, Arsenal pula semakin terumbang-ambing walau berada di puncak liga dan peleraian JDT di ACL Elite sudah terjawab, tahniah Harimau Selatan! Kawan kita di Bandung juga cetus perasaan kurang enak, apa jadi kepada Bobotoh, dan apa punca api kemarahan mereka di GBLA? Gong Xi Fa Cai dan selamat menyambut Ramadhan! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Feb 19, 20261h 3m

Arsenal masih di depan, Pep berevolusi, JDT dalam misi hidup mati!

Sang Garuda bukan lagi sekadar pencabar mereka dah masuk perbualan utama Asia. Adakah ini permulaan era baru futsal Indonesia? Di PL, pergelutan kuasa makin panas. Szobo dengan magis bola mati. Donnarumma sebagai jawapan kepada chaos. Dan Pep? Masih berevolusi, selangkah di hadapan semua orang. Title race kini jelas, ini Arsenal punya untuk dilepaskan. Tapi mampukah mereka menahan tekanan? Sementara itu, Thomas Frank dan Sean Dyche angkat kaki. Liga paling kejam di dunia tak tunggu sesiapa. Dan di Asia… Johor Darul Ta’zim kini dalam mode hidup mati di ACLE. Ini bukan lagi soal reputasi ini soal kelangsungan. Debat. Analisis. Hot takes. Kita bedah semuanya tanpa tapisan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Feb 13, 202655 min

Bola Itu Life Istimewa: Disebalik Manchester United bersama Phil Jones!

Bola Itu Life Istimewa bersama Phil Jones. Membongkar kisah-kisah disebalik bilik persalinan Manchester United, rahsia disebalik kejayaan bersama Sir Alex Ferguson, bintang-bintang yang gah menakluki bukan sekadar di latihan, namun juga di lapangan. Ruben Amorim, Michael Carrick, arah tuju Manchester United dibawah INEOS turut dibincang rapi. Tidak lupa juga kemelut UltraSel yang memberi implikasi besar terhadap scene bola sepak negara! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Feb 5, 202657 min

Emirates saksi tradisi United terus kekal, Arteta perlu kembali ke 'drawing board'!

Bermula di Estadio De Luz, Mourinho kembali menundukkan pasukan lamanya Real Madrid melalui pelbagai jenis keajaiban dan meletakkan diri dalam kelompok 24 terbaik Liga Juara-Juara Eropah. Keputusan CAS membenarkan 7 pemain naturalisasi Malaysia beraksi di kelab mencetus lebih banyak persoalan, ditemani keputusan exco FAM meletakkan jawatan beramai-ramai. Kekalahan Arsenal di tangan Manchester United menggambarkan situasi yang kurang enak buat Mikel Arteta, Emirates sunyi disajikan jaringan bertaraf dunia pemain Michael Carrick dan adakah kekalahan ini akan meranapkan impian Arsenal menggalas kejuaraan Premier League? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 29, 202652 min

Carrick kemudi Man Utd ranapkan Man City, Exco FAM dijangka letak jawatan beramai-ramai?

Menyelusuri bola sepak seluruh dunia, Faiz membuka bicara kehangatan yang sedang berlaku di benua Afrika dimana Senegal muncul menewaskan tuan rumah Maghribi (Morocco) dalam satu final yang akan diingati pada masa yang sangat lama! Sudah tentu, kemenangan pertama Michael Carrick bersama Man Utd muncul bersama 'magis' Old Trafford, yang menyaksikan Pep Guardiola mengangkat bendera putih selepas tewas 2-0. Arsenal yang gah di persada UCL 2025/26 terus pamer dominasi menewaskan Inter Milan manakala Liverpool kembali mendapat rentak kemenangan menentang Marseille dibawah kendalian De Zerbi. Rumah yang kotor dijangka akan melalui fasa pembersihan apabila exco FAM dijangka mengundurkan diri beramai-ramai dalam masa terdekat, apakah kesudahannya? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 22, 202655 min

Michael Carrick kembali sebagai jurulatih interim, Xabi Alonso ucap selamat tinggal! | Bola itu Life

Dari Semenyo yang mula menyinar di Manchester, ke persoalan besar tentang ego dalam bola sepak moden adakah Xabi Alonso pergi kerana ego pemain-pemain bintangnya? Kami juga bincangkan kepulangan Carrick ke United dalam peranan interim, serta kejutan dari rantau Asia apabila John Herdman diumumkan sebagai pengendali baharu Timnas Indonesia. Empat cerita. Empat sudut berbeza. Satu perbualan jujur tentang kuasa, kepercayaan dan hala tuju bola sepak hari ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 16, 202656 min

Tanpa wajah lama, datang soalan baharu: Chelsea, United & Selangor dalam episod perubahan. | Bola itu Life

Episod ini menyelami fasa perubahan di empat sudut bola sepak berbeza. Brentford membuktikan mereka bukan sekadar bergantung pada figura lama apabila terus kekal kompetitif walaupun kehilangan tonggak penting. Di London Barat pula, Chelsea dilihat masih mencari identiti sebenar di sebalik nama Liam Rosenior dan Enzo Maresca persoalan besar, apakah yang sebenarnya mereka mahu? Manchester United pula sekali lagi berada di persimpangan apabila pemergian Ruben Amorim membuka episod ketidaktentuan baharu di Old Trafford. Sementara itu di tanah air, Kim Pan-gon kembali ke Selangor dengan misi dan harapan baharu. Empat cerita, satu tema utama perubahan, dan siapa yang benar-benar bersedia menghadapinya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 9, 20261h 1m

Menoleh ke Belakang, Menyambut Esok! | Bola itu Life Istimewa: Imbas Kembali 2025

Selamat tinggal 2025, selamat datang 2026! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Jan 2, 202658 min

Dari Craven Cottage ke Nou Camp: Drama, Analisis & Kejutan Serantau! | Bola itu Life

Episod kali ini membuka dengan aksi gila di Craven Cottage, perlawanan 9 gol yang bukan sekadar hiburan, tetapi refleksi kekacauan taktikal Premier League musim ini. Kita kemudian terbang ke Sepanyol untuk mengikuti pengalaman Faiz Gurun menonton Barcelona di Nou Camp, di mana aura stadium legenda itu berubah seiring era baharu kelab yang sedang bergelut mencari identiti sebenar. Masuk ke segmen analisis, kami membincangkan persoalan besar: layakkah Chelsea dianggap pencabar gelaran? Perbualan ini dirakam sebelum kekalahan 3–1 mereka kepada Leeds — satu keputusan yang mengubah mood penyokong dan naratif pasukan dalam sekelip mata. Episod turut menyentuh kontroversi tempatan dengan melihat semula isu pengadilan yang menimbulkan kemarahan penyokong Selangor, satu perbualan yang terus berulang dalam bola sepak Malaysia. Akhir sekali, kami membedah langkah besar bola sepak Singapura yang melantik Gavin Lee sebagai ketua jurulatih baharu, simbol permulaan era baharu selepas pencapaian kelayakan kejohanan besar. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Dec 5, 202553 min

Arsenal sudah cukup garam, banjir trofi menanti? | Bola Itu Life

Minggu ini, Bola Itu Life terus bersama anda membincangkan keheningan bola sepak Eropah dan Malaysia, Seperti biasa Manchester United tewas mengejut, kali ini kepada 10 pemain Everton selepas kad merah paling 'ajaib' beberapa tahun ini, Jordan Pickford dijulang, David Moyes 'terbang' pulang manakala Ruben Amorim tercengang di Old Trafford sekali lagi. Malam UCL gemilang buat pasukan Arsenal, saban tahun menanti skuad depth yang utuh, kini Mikel Arteta mempunyai potensi cerah untuk membalas kesabaran peminat-peminat Arsenal setelah kian lamanya. Nasib yang berbeza buat Arne Slot dan pasukannya, Liverpool kelihatan 'hilang' selepas tewas besar kepada PSV, membuka persoalan yang lebih besar kepada kemelut dihadapi The Reds. Kembali ke bumi Asia, Selangor memperoleh mata pertama mereka di ACL2, diikuti Persib Bandung dalam rencana mereka memperoleh harapan Asia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Dec 3, 202555 min

Sudahlah dokumen palsu, kena londeh pula! | Bola itu Life

Minggu ini, Bola Itu Life menyelam ke tiga kisah yang menggoncang bola sepak serantau. Kami membuka helaian penuh kontroversi 63 muka surat yang menenggelamkan harapan Malaysia. Kami bedah kad laporan Nepal 0–1 Malaysia, mencari di mana sebenarnya segalanya mula retak. Dari nostalgia yang hilang, kami hidupkan semula detik bersejarah apabila Singapura kembali ke Piala Asia selepas 43 tahun satu kebangkitan yang tak ramai jangka. Dan jauh dari Karibia, muncul satu dongeng moden Curaçao, negara kecil yang kini mengetuk pintu Piala Dunia dengan cerita penuh magis. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Nov 21, 202555 min

Malaysia B16 di belasah 11-0, Messi kembali ke Nou Camp? | Bola itu Life

Pasukan Malaysia Bawah 16 tahun (B-16) mengalami kekalahan besar 0-11 kepada pasukan remaja Croatia dalam siri jelajah perlawanan persahabatan antarabangsa. Lagenda Barcelona, Lionel Messi membuat lawatan mengejut ke Nou Camp menjelang pembukaannya semula hujung bulan ini selepas kerja pengubahsuaian, dan berharap dapat kembali untuk mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong yang tidak sempat beliau lakukan ketika meninggalkan Barcelona pada 2021, Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Nov 14, 202557 min
© 2017 Astro Radio Sdn Bhd (403472-D)