
Warna 942 Firman Dan Sabda
138 episodes — Page 3 of 3

Firman Dan Sabda - 9 Feb 2026
Ikuti bacaan ayat suci Al Quran, Surah Yusuf, ayat 96 hingga 103, yg akan disampaikan oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan dari Masjid Sultan. Kita akan menyelami tazkirah bertajuk “Yakinlah, Di Sebalik Ujian Ada Kenaikan Darjat.” Bersama yang berwibawa Ustazah Masayu Mashitah, kita akan merenung betapa setiap ujian adalah tangga untuk mendekatkan diri kepada Allah — bukan sekadar beban, tetapi proses penyucian jiwa yang membawa kepada kemuliaan hakiki. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 8 Feb 2026
Ikuti bacaan Surah Yusuf, ayat 87 hingga 95, dibawakan oleh qari tempatan Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Agama di Masjid Al Khair. Kita akan menyelami tazkirah bertajuk “Maafkan Dengan Hati yang Ikhlas, Seperti Yusuf AS Memaafkan Saudaranya.” Bersama Ustazah Masayu Mashitah, kita akan mengupas bahawa memaafkan bukan tanda kelemahan, tetapi kekuatan jiwa yang tinggi — seperti teladan Nabi Yusuf AS yang memilih keampunan melebihi kemenangan. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 7 Feb 2026
Ikuti bacaan surah Yusuf, ayat 79 hingga 86, dibacakan oleh qari tempatan, Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Agama di Masjid Al Khair.Ceramah motivasi bertajuk “Bersabarlah Dengan Indah, Adukan Segala Duka Hanya Kepada Allah.” Bersama yang berbahagia Ustaz Mustazah Bahari, kita akan mendalami erti sabar yang bukan sekadar pasrah tanpa usaha, tetapi menyerahkan segala keluh kesah kepada Allah — sebagaimana teladan mulia yang ditunjukkan oleh Nabi Yusuf AS. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 6 Feb 2026
Ikuti bacaan ayat suci Surah Yusuf, ayat 70 hingga 78, oleh Qari tempatan, Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Agama di Masjid Al Khair. Sekmen ceramah berikut ini, akan menyingkap hikmah bahawa kepintaran dan ilmu adalah anugerah Allah untuk membina kebaikan kepada insan, bukan untuk memperdaya orang lain, terutama dalam dunia pekerjaan dan perniagaan. Bersama yang berbahagia Ustaz Mustazah Bahari, Konsultant dan Ketua Penyelidik Darul Tafsir, kita ikuti pencerahan selanjutnya dengan topik — “Gunakan Kebijaksanaan Dengan Jujur, Bukan Untuk Menipu.” See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 5 Feb 2026
Para pendengar yang dirahmati, tema ceramah kita hari ini ialah: “Tawakal Dengan Penuh Keyakinan, Bukan Sekadar Ucapan”. Bersama Ustaz Mustazah Bahari, Konsultant dan Ketua Penyelidik Darul Tafsir, kita akan menyelami bagaimana tawakal bukan alasan untuk tidak berusaha, melainkan ketenangan hati selepas melakukan segala usaha dengan sepenuh keikhlasan. Bacaan dari Surah Yusuf, ayat 64-69, disampaikan oleh qari tempatan, Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Agama, Masjid Al Khair, See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 4 Feb 2026
Para pendengar yang dikasihi, tema ceramah kita hari ini ialah “Urus Amanah Dengan Bijaksana dan Hati Yang Bersih”. Bersama Ustaz Mustazah Bahari, Konsultant dan Ketua Penyelidik Darul Tafsir, kita akan menyelami hakikat amanah sebagai ujian kejujuran, bukan sekadar tanggungjawab duniawi. Bacaan surah Yusuf, ayat 53-63 disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi Jamil , Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 3 Feb 2026
Topik ceramah: Bekerjalah Dengan Amanah dan Integriti Walau Tiada Siapa Melihat Seorang mukmin sejati bekerja dengan keikhlasan kerana sedar bahawa Allah sentiasa memerhati. Walaupun tiada manusia yang menilai, setiap usaha dan tanggungjawab adalah amanah yang akandipersoalkan di akhirat. Integriti bukan untuk orang lain melihat, tetapi tanda iman yang hidup dalam diri. Ceramah disampaikan Ustaz Mustazah Bahari. Bacaan surah Surah Yusuf, ayat 44-52 disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi Jamil , Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 2 Feb 2026
Topik ceramah: Syukuri Nikmat Iman dan Gunakan Ilmu Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah Ilmu tanpa iman boleh membawa kepada kesesatan, manakala iman tanpa ilmu boleh membawa kepada kejumudan. Syukuri nikmat ilmu dan gunakanlah ia untuk mengenal Allah dengan lebih mendalam. Setiap pengetahuan sepatutnya menambah rasa kagum terhadap kebijaksanaan dan kekuasaan-Nya. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mustazah Bahari. Bacaan surah Yusuf, ayat 38-43 disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi Jamil , Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid AlkhairSee omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 1 Feb 2026
Topik ceramah: Utamakan Iman Walau Terpaksa Menanggung Kesusahan Dalam dunia yang semakin mementingkan keuntungan dan kemewahan, berpegang pada iman sering kali menuntut pengorbanan. Namun, orang beriman tahu bahawa reda Allah lebih bernilai daripada pujian manusia. Kesusahan sementara di dunia tidak seberapa dibandingkan ketenangan yang Allah berikan kepada hati yang teguh mempertahankan iman. Ceramah oleh Ustaz Mustazah Bahari , Konsultant Dan Ketua Penyelidik, Darul Tafsir. Bacaan surah Yusuf, ayat 31-37 disampaikan oleh qari Ustaz Abdul Hadi Jamil Imam Kanandan Pakar Hal Ehwal Agama Masjid Al Khair.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 31 Jan 2026
Ayuh sama2 kita hayati bacaan sambungan Surah Yusuf, ayat 23 hingga 30, yang akan diperdengarkan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan serta Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. “Peliharalah diri daripada maksiat dengan iman dan tawakal.” marilah kita ikuti kupasan dan pencerahan lanjut daripada Yang Berbahagia Ustaz Khairul Zaman, Penolong Ketua Darul Tafsir.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 30 Jan 2026
Ikuti kini bacaan sambungan Surah Yusuf, ayat 15 hingga 22, yang akan diperdengarkan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan merangkap Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. “Bersabarlah dengan takdir, kerana rancangan Allah pasti lebih baik.” Sejauh manakah kita meletakkan keyakinan terhadap aturan dan ketentuan Allah dalam kehidupan seharian? Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita dengarkan pencerahan daripada Yang Berbahagia Ustaz Khairul Zaman.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 29 Jan 2026
Bersama kita mendengar kalam2 Allah, dengan bacaan ayat2 suci AlQuran sambungan Surah Yusuf, ayat 5-14 yg akan 7dialunkan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. “Memupuk Kasih Sayang di Antara Anak2 Kita” merupakan satu topik yang amat dekat di hati kita semua. Untuk itu, marilah kita ikuti kupasan dan pencerahan daripada Yang Berbahagia Ustaz Khairul Zaman, Penolong Ketua Darul Tafsir.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 29 Jan 2026
Bersama kita mendengar kalam2 Allah, dengan bacaan ayat2 suci AlQuran sambungan Surah Yusuf, ayat 5-14 yg akan 7dialunkan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. “Memupuk Kasih Sayang di Antara Anak2 Kita” merupakan satu topik yang amat dekat di hati kita semua. Untuk itu, marilah kita ikuti kupasan dan pencerahan daripada Yang Berbahagia Ustaz Khairul Zaman, Penolong Ketua Darul Tafsir. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 28 Jan 2026
Marilah kita sama-sama mengikuti sambungan bacaan Surah Hud ayat 118 hingga 123, serta Surah Yusuf ayat 1 hingga 4, yang akan diperdengarkan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. Bersama Yang Berbahagia Ustaz Khairul Zaman, Penolong Ketua Darul Tafsir, yg akan mengupas perihal “Mengongsi Sebuah Mimpi yang Baik” - apakah adab dan pantang larangnya menurut panduan Islam? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 27 Jan 2026
Marilah sama-sama kita menghayati bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nur Kareem, daripada Surah Hud, ayat 109 hingga 117, yang akan diperdengarkan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. Untuk memahami dengan lebih jelas “Kaffarah Dosa-Dosa Silam dan Konsepnya dalam Islam”, marilah kita bersama-sama mendapatkan pencerahan daripada Yang Berbahagia Ustaz Khairul Zaman, Penolong Ketua Darul Tafsir.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 26 Jan 2026
Ikuti sambungan bacaan Surah Hud, ayat 98 hingga 108, yang akan dibacakan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. “Ambil Iktibar daripada Sejarah, Jangan Ulang Kesilapan Kaum Terdahulu” akan kita rujuk dan hayati bersama Yang Berbahagia Ustaz Md Faheem Abdul Khalil, Pengurus Masjid Al-Khair dan Ketua Darul Tafsir, yang juga akan menyampaikan tafsiran bagi Surah Hud.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 25 Jan 2026
Marilah sama-sama kita hayati bacaan Surah Hud, ayat 89 hingga 97, yang akan diperdengarkan oleh Qari kita, Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan Masjid Sultan. “Jalankan Amar Makruf Nahi Mungkar Dengan Ikhlas dan Sabar”, topik yang sangat menarik ini akan dikupas oleh Yang Berbahagia Ustaz Md Faheem Abdul Khalil, Pengurus Masjid Al-Khair dan Ketua Darul Tafsir, yang juga akan turut memberikan tafsiran bagi Surah Hud.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 24 Jan 2026
Kita ikuti kini sambungan bacaan Surah Hud, ayat 82 hingga 88, yang akan diperdengarkan oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan Masjid Sultan. Marilah kita hayati tazkirah bertajuk “Jangan Abaikan Peringatan Allah, Azab-Nya Benar dan Pasti”, yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Faizal Wahab, sebagai peringatan buat hati dan jiwa kita semua.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 23 Jan 2026
Kita ikuti bacaan Surah Hud, ayat 72-81 yang akan dialunkan oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan Masjid Sultan. “Yakinlah Pada Kuasa Allah, Walau Nampak Mustahil di Mata Manusia” akan dikupas dan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Faizal Wahab.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 22 Jan 2026
kita akan menyambung bacaan daripada Surah Hud, ayat 63 hingga 71, yang akan dibacakan oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan Masjid Sultan. “Jangan Degil Terhadap Peringatan Allah” merupakan tajuk tazkirah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Faizal Wahab.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 21 Jan 2026
kita ikuti bacaan Ayat2 suci AlQuran Nur Kareem oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan Masjid Sultan. Tazkirah kali ini akan disampaikan oleh Yg Berbahagia Ustaz Faizal Wahab yg akan menyentuh tentang topik “Teguh Dalam Kebenaran Walau Diperlekeh”See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 20 Jan 2026
Marilah kita sama-sama mendengar bacaan Surah Hud, ayat 46 hingga 53, yang akan dibacakan oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan Masjid Sultan. “Iman Tidak Dapat Diwarisi, Tetapi Perlu Diperjuangkan” Anda bingung dengan persoalan ini? Pencerahannya saya serahkan kepada Yg Berbahagia Ustaz Faizal Wahab.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 19 Jan 2026
Marilah kita sama-sama mengikuti sambungan bacaan Surah Hud, ayat 38 hingga 45, yang akan diperdengarkan oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan, Masjid Sultan. “Tiada Siapa Dapat Lari Dari Takdir Allah – Bersedialah Dengan Iman” Yg Berbahagia Ustaz Zubair Mohd Redza akan memberikan penekanan kepada topik kali ini beserta tafsiran Surah Hud.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 18 Jan 2026
Ikuti sambungan bacaan Surah Hud, ayat 29 hingga 37, Bersama oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. Yang Berbahagia Ustaz Zubair Redza akan mengupas topik “Berdakwahlah Dengan Ikhlas, Bukan Untuk Pengiktirafan.” See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 17 Jan 2026
Marilah kita menenangkan jiwa dengan sambungan bacaan Surah Hud, ayat 20 hingga 28, oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. Yang Berbahagia Ustaz Zubair Mohd Redza akan memberi kupasan pada tajuk ceramah bertajuk ‘ Jadilah Mukmin yang Celik Hati, Bukan Buta Terhadap Kebenaran’ serta berkongsi tafsiran Surah Hud yg telah dibacakan.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 16 Jan 2026
Marilah kita menenangkan jiwa dan menghayati bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sambungan Surah Hud, ayat 13 hingga 19, yang akan dialunkan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. “Yakinlah Dengan Kebenaran Al-Quran, Panduan Hidup Yang Tiada Tandingan” tajuk tazkirah kali ini, kita persilakan Yg Berbahagia Ustaz Zubair Redza untuk memberi kupasannya beserta tafsiran bagi Surah Hud yg telah dibacakan.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 15 Jan 2026
Marilah bersama-sama kita mendengar kalam Allah melalui bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah Hud ayat 6 hingga 12, bersama Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. “Yakinlah Dengan Rezeki dan Kuasa Allah, Jangan Lupa Amanah Iman” merupakan tajuk ceramah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Zubair Redza. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 14 Jan 2026
marilah kita nikmati dan hayati bacaan Surah Yunus ayat 107 hingga 109 serta Surah Hud ayat 1 hingga 5, bersama Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. “Berserah Kepada Allah, Berpegang Teguh Pada Petunjuk Al-Quran” - kupasan daripada Yang Berbahagia, penceramah bebas kita, Ustazah Zahratur Rofiqoh.See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 13 Jan 2026
kita ikuti sambungan Surah Yunus, ayat 98 hingga 106, oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. Tafsirannya dan tazkirah bertajuk “Jangan Putus Asa daripada Rahmat Allah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka” disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustazah Zahratur Rofiqoh, seorang Penceramah Bebas. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Firman Dan Sabda - 12 Jan 2026
Marilah kita sama-sama menikmati dan menghayati bacaan Surah Yunus, ayat 89 hingga 97, yang akan dibacakan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. “Kisah Firaun, Jangan Tunggu Azab Baru Mahu Beriman” merupakan topik yang akan dikupas oleh Yang Berbahagia Ustazah Zahratur Rofiqoh, seorang penceramah bebas. Marilah kita ikuti perkongsian ilmu ini dengan penuh penghayatan. See omnystudio.com/listener for privacy information.