
Malay News
624 episodes — Page 8 of 13

Penggunaan aplikasi MyNIISe belum diwajibkan
Ketua Pengarah Imigresen memaklumkan, penggunaan aplikasi mudah alih Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) belum diwajibkan buat masa ini.

MCMC bertemu syarikat X minggu hadapan - Fahmi
Terdahulu, MCMC pertimbangkan tindakan undang-undang termasuk saman platform media sosial itu susulan penyalahgunaan AI Grok yang didapati untuk menjana kandungan seksual.

Kerajaan Malaysia akan terbabit secara langsung dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0
Kerajaan Malaysia akan terbabit secara langsung dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang bakal disertai lebih 80 negara!

KPM minta ibu bapa buat aduan jika Bantuan Awal Persekolah tidak diterima penuh
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata sekiranya terdapat isu lain melibatkan yuran atau bayaran tambahan seperti yuran PIBG, perkara itu perlu diselesaikan melalui kaedah berasingan.

Program Songsang Di Selangor : JAKIM Akan Pastikan Ia Tidak Diteruskan
Polis sahkan sudah terima 5 laporan berkaitan iklan program berkenaan

Polisi Perlindungan Kanak-Kanak akan diperkenalkan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan komited memperkukuh keselamatan serta kebajikan murid, sekali gus memastikan tiada kes buli di sekolah.

BAP : Agihan Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Ini
Ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk terima bantuan

SPRM sita aset meweh isteri bekas PTD
SPRM sita aset mewah bernilai lebih RM2 juta setelah geledah kediaman isteri ke-2 bekas Panglima Tentera Darat di sebuah negeri di pantai timur.

Sistem pembayaran tol terbuka ANPR pertama negara di 9 plaza tol
Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi JustGo Malaysia, daftar kenderaan dan hubungkan kaedah pembayaran seperti kad debit atau kredit.

KPM kaji keperluan kembalikan UPSR & PT3
KPM akan kaji keperluan mengembalikan UPSR dan PT3

TPM cadang tubuh Majlis Pengurusan Bencana Negara
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara sebagai badan tertinggi menyelaras pengurusan bencana.

Pasport Malaysia, MyKad Berwajah Baharu Diperkenal Dalam 6 Bulan - KDN
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan pasport Malaysia dan MyKad dengan reka bentuk serta ciri keselamatan baharu akan diperkenalkan dalam tempoh enam bulan bagi mengekalkan kebolehpercayaan tinggi pasport negara di peringkat global.

SPRM tahan bekas Panglima Tentera Darat
SPRM tahan bekas Panglima Tentera Darat dan 2 isterinya berhubung isu tender perolehan ketenteraan.

Tangguh Perjalanan Ke Venezuela Buat Masa Ini - Wisma Putra
Rakyat Malaysia diminta tangguh perjalanan tidak penting ke Venezuela buat masa ini susulan situasi semasa dan tahap keselamatan di negara itu yang sentiasa berubah.

MyDigital ID jadi platform log masuk tunggal MyNIISe
Bermula 15 Januari, MyDigital ID akan jadi platform log masuk tunggal bagi rakyat Malaysia yang guna aplikasi mudah alih Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIIse).

Tun Mahathir Patah Tulang Pinggul
Tun Mahathir dimasukkan ke IJN selepas terjatuh di kediaman beliau

PDRM kenal pasti 10 lagi syarikat scammer
Polis kenal pasti 10 lagi syarikat dipercayai menjalankan kegiatan penipuan

Pemberian SARA RM100 Dikreditkan 9 Februari Ini
96 peratus rakyat telah manfaatkan SARA RM100 tahun lalu

Tindakan AS di Venezuela cabuli undang-undang antarabangsa - PM
Perdana Menteri menuntut Amerika Syarikat segera membebaskan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya.

10 Jajahan Di Kelantan Diramal Banjir Mulai Esok
Ia susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang bermula esok

Penyelarasan Pakaian Seragam Murid Sekolah Masih Dikaji - KPPM
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah masih di peringkat kajian dan belum dimuktamadkan.

Tiada Sesiapa Terlepas Hukuman Akibat Buang Sampah Di Tempat Awam
Ia termasuk kanak-kanak dan warga asing

Buang sampah merata-rata: 42 berdepan hukuman khidmat masyarakat
42 individu berdepan hukuman khidmat masyarakat & denda kerana buang sampah merata-rata di tempat awam

PM Seru Rakyat Bersatu Sempena Tahun Baru
Beliau mengetuai detik ambang Tahun Baharu dalam majlis di KL

Hujan lebat di beberapa negeri menjelang ambang tahun baharu 2026 - MetMalaysia
Ia melibatkan Perak, Selangor, KL, Pahang, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Surat Perletakan Jawatan Datuk Seri Hamzah Zainudin Palsu!
Ia disahkan oleh pegawai di Pejabat Ketua Pembangkang

PAS tawar diri terajui PN bagi hadapi PRN & PRU-16
PAS menawarkan kesediaannya untuk menerajui Perikatan Nasional, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN.

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai Tahun Depan
Ia antaranya bagi tangani beban kewangan ibu bapa

Lif, Tangga dan Obesiti: Polemik Garis Kesihatan & Keselamatan Pekerja
Laporan radio ini membincangkan isu obesiti dalam kalangan pekerja sebagai risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta menilai cadangan beberapa pihak mengenai larangan penggunaan lif pada waktu tertentu sebagai satu intervensi tempat kerja untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio diserah kepada Cybersecurity Malaysia
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata ia bagi tujuan analisis forensik dan pengesahan kesahihan suara.

Sedikit Rombakan Exco Kerajaan Negeri Perlis Akan Dilakukan
Menteri Besar Perlis akan pastikan agihan portfolio seimbang antara PAS dan BERSATU

Guna MyKad Orang Lain Untuk Subsidi Kerajaan Kesalahan Serius!
Mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang

Kes 1MDB: Najib fail rayuan Isnin ini
Semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas kesemua pertuduhan rasuah berkaitan dana 1MDB.

Kes 1MDB : Datuk Seri Najib Razak Bersalah
Ia melibatkan 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram

Shukri Ramli letak jawatan MB Perlis
Keputusan itu dibuat atas faktor kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan.

Sekolah tidak boleh tolak murid baru yang ada masalah disiplin & kesihatan
Sekolah tidak boleh tolak kemasukan murid baru atau pelajar yang berpindah kerana masalah disiplin dan mempunyai rekod kesihatan fizikal atau mental.

Identiti mayat wanita dalam beg disahkan Suri - Polis
Ketua Polis Negeri Sembilan berkata pengesahan identiti itu dilakukan melalui cap jari yang diperoleh dan ia sepadan dengan data yang ada di Jabatan Pendaftaran Negara.

Krisis Institusi Pendidikan: Reformasi Pemulihan Disiplin Pelajar
Laporan ini menyelami punca buli, salah laku seksual dan jenayah dalam kalangan pelajar di Malaysia dengan pendekatan yang objektif dan konstruktif tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak. Kajian turut dilakukan bagi merungkai peranan sekolah, keluarga, komuniti, dunia digital dan psikologi remaja sambil menampilkan pandangan pakar pendidikan, psikologi serta perspektif nilai Islam.

Graduan perubatan boleh guna gelaran Dr walaupun tidak berdaftar dengan MMC
Graduan perubatan boleh guna gelaran doktor walaupun tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebab ia mencerminkan kelayakan akademik. Namun jelas MMC, mereka perlu mendaftar dengan badan berkenaan jika mahu menjadi pengamal perubatan.

Ibu Zayn Rayyan kekal di penjara!
Ini selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

PODCAST: Psikologi Dunia Penjara & Jiwa Yang Menjaga
Di sebalik tembok penjara, wujud jiwa-jiwa yang bergelut dengan rasa bersalah, penyesalan dan harapan untuk berubah. Episod ini menyelami psikologi dunia penjara, membongkar realiti emosi yang dilalui banduan serta cabaran besar pegawai yang menjaga mereka setiap hari.

BAP 2026 RM150 disalur bulan depan
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 RM150 secara sekali beri akan diserah kepada lebih 5.2 juta murid sekolah awal bulan depan.

Titah Adendum tahanan rumah ditolak: Najib akan buat rayuan
Barisan peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL hari ini. Ini selepas mahkamah itu tolak permohonan beliau untuk minta kerajaan laksana Titah Adendum bagi jalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Titah Adendum: Najib kekal di penjara!
Ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan untuk menguatkuasakan adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu jalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Banjir di Kelantan & Johor pulih
Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu menurun

Tiada Kompromi Isu Keselesaan Pengguna Di Lebuh Raya - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak akan berkompromi dengan isu keselesaan pengguna dan akan menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang selamat, lancar dan berkualiti.

Kerajaan umum diskaun tol 50% sempena Krismas
Kerajaan bersetuju beri diskaun tol sebanyak 50 peratus daripada kadar biasa selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Disember 2025 sempena sambutan Hari Krismas.

Tiada Kompromi Kes Buang Sampah Bermula 2026
Semua individu termasuk kanak-kanak dan pelancong asing boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 serta Perintah Khidmat Masyarakat hingga 12 jam jika membuang sampah di tempat awam mulai 1 Januari 2026.

10 lebuh raya utama tidak akan alami kenaikan kadar tol tahun depan - Fahmi
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu akan diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya dalam masa terdekat.

Jangan ambil mudah risiko banjir!
Ibu bapa digesa pantau anak-anak terutama ketika musim cuti sekolah tidak lama lagi bagi elak kejadian buruk semasa musim tengkujuh ini