![Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/67c419ee-c891-11ed-9ebd-0fb9e48fcd2e/image/6230cd67bd6a5b4eed3ec808f3fd8929.png?ixlib=rails-4.3.1&max-w=3000&max-h=3000&fit=crop&auto=format,compress)
Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM]
171 episodes — Page 3 of 4

S3 Ep 31Hidangan Syaitan | Cerita Hantu Seram S3EP31
Nasi Kangkang—hidangan mistik yang dipercayai digunakan untuk memanipulasi dan menundukkan seseorang melalui ilmu hitam. Dalam episod kali ini, kami mengupas kisah seram di sebalik amalan terkutuk ini, di mana makanan yang dihidang bukan sekadar untuk dimakan, tetapi membawa bersama kuasa jahat untuk mengawal mangsa. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 30Alam Ghaib, Saka Temurun | Cerita Hantu Seram S3EP30
Saka bukan sekadar warisan biasa. Dalam episod kali ini, kami mengupas kisah saka temurun—makhluk ghaib yang diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Warisan ini bukan sahaja membawa kuasa, tetapi juga membuka pintu kepada alam ghaib, di mana pewaris boleh melangkah masuk ke dunia yang penuh misteri dan bahaya. Apakah harga yang perlu dibayar untuk mewarisi saka ini? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 29Potret Hidup | Cerita Hantu Seram S3EP29
Apa yang berlaku apabila patung atau gambar yang tergantung di rumah mula berubah menjadi sesuatu yang lebih menakutkan? Dalam episod ini, kami menceritakan tentang potret-potret dan patung-patung yang pada mulanya hanya dekorasi, tetapi perlahan-lahan bertukar menjadi jin yang menghantui pemiliknya. Setiap kali malam menjelang, entiti ini dipercayai bergerak dan hidup, mencetuskan gangguan yang tidak dapat dijelaskan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 28Mantera Beracun Sang Penunggu | Cerita Hantu Seram S3EP28
Bayangkan anda baru sahaja berpindah ke rumah baru atau bermalam di sebuah hotel lama yang usang. Di tempat-tempat seperti ini, kadang-kadang bukan hanya kenangan lama yang menghuni, tetapi juga entiti yang tidak kelihatan. Dalam episod kali ini, kami membawa kisah tentang Sang Penunggu, makhluk ghaib yang dipercayai melindungi bangunan lama dengan mantera beracun. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 27Kembang Bakawali | Cerita Hantu Seram S3EP27
Kembang Bakawali bukan sekadar bunga yang mekar di waktu malam, tetapi dipercayai mempunyai kaitan mistik dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Dikatakan bunga ini membawa tuah, namun jika disalahgunakan atau dipetik dengan niat buruk, ia boleh mendatangkan malapetaka. Dalam episod ini, kami akan mengupas kisah seram di sebalik Kembang Bakawali, yang mampu mengubah kehidupan seseorang hanya dengan sekuntum bunga. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 26Histeria | Cerita Hantu Seram S3EP26
Kejadian histeria bukanlah satu perkara baharu yang berlaku di negara ini. Difahamkan, ia lebih kerap berlaku dalam kalangan remaja di sekolah sehingga menganggu kesihatan mental dan emosi pelajar itu sendiri. Dengarkan kisah daripada Zain ditemani Abang Wan dalam episod seram ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 25Pelesit Atau Langsuir Belaan | Cerita Hantu Seram S3EP25
Apabila malam tiba, dunia yang kita kenali berubah. Ada sesuatu yang mengintai di kegelapan, sesuatu yang bukan dari alam ini. Adakah ia pelesit yang patuh kepada tuannya, atau langsiur belaan yang berdendam? Setiap bisikan angin membawa cerita seram yang belum pernah anda dengar. Dengarkan Cerita Hantu Seram yang akan buat bulu roma anda meremang! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 24Gerbang Bunian | Cerita Hantu Seram S3EP24
Frasa kata bunian bermakna satu makhluk yang wujud tetapi tidak dapat dilihat dek mata kasar. Dunia manusia dan dunia bunian merupakan dua dunia yang berbeza tetapi cara mereka berhubung sama seperti kita. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 23Paku Pontianak | Cerita Hantu Seram S3EP23
Paku Pontianak akan membawa anda menyelami dunia mistik dan menakutkan dari seberang, Indonesia. Dalam episod ini, kami mengungkapkan kisah Pontianak, makhluk ghaib yang dipenuhi dendam dan ketakutan. Seperti ilmu alam ghaib yang berkaitan dengan perkara yang tidak dapat dilihat atau dirasai dengan pancaindera biasa, cerita-cerita seram ini mungkin membuatkan anda berfikir dua kali tentang apa yang sebenarnya wujud di sekeliling kita. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 22Jalan Simpang Misteri | Cerita Hantu Seram S3EP22
Simpang sering dikaitkan dengan kejadian paranormal, kisah-kisah seram, dan misteri yang berlaku di sekitarnya. Mungkin selepas mendengar cerita ini, anda akan mula menyedari keanehan apabila melalui simpang tersebut pada waktu malam. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 21Ilmu Alam Ghaib | Cerita Hantu Seram S3EP21
Ilmu Alam Ghaib, atau ilmu ghaib, merujuk kepada pengetahuan dan amalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat atau dirasai dengan pancaindera biasa. Ia sering kali dikaitkan dengan hal-hal mistik, supernatural, dan spiritual. Mungkin selepas mendengar cerita ini, anda akan rasa apa yang dilihat bukan sebenarnya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 20Cermin Mistik | Cerita Hantu Seram S3EP20
cermin sering kali dianggap sebagai objek yang mempunyai unsur-unsur mistik. Mungkin selepas mendengar cerita ini, anda akan was-was bila melihat cermin. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 19Sifat Khanzab | Cerita Hantu Seram S3EP19
"Khanzab" merujuk kepada sejenis jin yang diketahui menyebabkan gangguan dan gangguan semasa solat, yang membawa kepada keraguan dan gangguan. Gangguan ini boleh muncul sebagai kelupaan, ketidakpastian, atau bahkan bisikan yang mengalihkan perhatian daripada ibadah. Tujuan Khanzab adalah untuk menghalang fokus dan pengabdian seseorang semasa mereka solat. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 18Menurun | Cerita Hantu Seram S3EP18
Menurun melibatkan jampi, atau mantera yang diucapkan oleh pengamal. Kadang-kala, pengamal tersebut mungkin memasuki keadaan trans atau kerasukan di mana roh atau entiti ghaib dipercayai "menurun" atau memasuki tubuhnya. Dalam keadaan ini, pengamal mungkin bertindak atau bercakap berdasarkan maklumat yang diterima daripada roh tersebut. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 17Jembalang Pokok Ketapang | Cerita Hantu Seram S3EP17
Jembalang Pokok Ketapang adalah sejenis makhluk halus dalam kepercayaan masyarakat Melayu yang dikaitkan dengan pokok ketapang. Jembalang Pokok Ketapang dipercayai menghuni pokok ketapang dan boleh menyebabkan gangguan kepada yang mengganggu pokok tersebut. Selepas mendengar cerita ini, bila anda lalu di sebelah pokok ketapang, mungkin anda akan berfikir dua kali sebelum mendekatinya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 16Hantu Kubur | Cerita Hantu Seram S3EP16
Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran di kawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti di kalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 15Bomoh Saka | Cerita Hantu Seram S3EP15
Melepaskan orang yang disayangi dan menerima bahawa mereka tiada lagi adalah sukar, tetapi bagaimana jika kerinduan untuk melihat mereka semula membuka hijab anda untuk melihat dunia paranormal. Adakah anda bersedia untuk melihat apa yang ada di alam ghaib? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 14Bertarung Dengan Jin | Cerita Hantu Seram S3EP14
Jin merupakan sejenis makhluk halus yang dipercayai tercipta dari unsur api yang panas atau beracun, berbeza dengan malaikat yang dicipta dari cahaya. Selepas mendengar cerita ini, anda mungkin akan merasakan bahawa gangguan paranormal yang anda alami mungkin adalah satu pertembungan dengan jin. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 13Pusaka Nenek Kebayan | Cerita Hantu Seram S3EP13
Nenek Kebayan sering digambarkan sebagai seorang wanita tua yang agak mistik. Dia biasanya muncul sebagai seorang figur tua yang bongkok dengan tongkat. Peranannya dalam cerita rakyat bervariasi, tetapi dia sering menjadi figur yang dihormati dan ditakuti kerana pengetahuan dan kekuatan mistiknya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 12Pendamping Misteri | Cerita Hantu Seram S3EP12
Yang zahir di mata tidak semestinya sama dengan apa yang kita lihat. Selepas mendengarkan cerita ini, mungkin anda akan merasakan bahawa kadang-kala orang yang kita kenal itu sebenarnya tidak keseorangan, tetapi mempunyai sosok pendamping misteri. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 11Dom Puaka | Cerita Hantu Seram S3EP11
Dom atau asrama sering dikaitkan dengan gangguan paranormal. Mungkin selepas mendengar cerita ini, anda akan mula memerhatikan perkara-perkara aneh ketika bersendirian anda mungkin tidak benar-benar bersendirian di dalam dom anda. . Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 10Penunggu Pusaka | Cerita Hantu Seram S3EP10
Penunggu Pusaka sering kali dikaitkan dengan makhluk halus yang beada di sebuah kediaman. Ganguan makhluk halus ini dapat dirasai semasa beradi beseoarang di rumah dengan bunyuik yang aneh mengangu kenteteraman anda. Gangguan makhluk halus ini dapat dirasai bila berada sendirian di rumah, dengan bunyi yang aneh mengganggu ketenteraman anda. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 9Satay Gagak | Cerita Hantu Seram S3EP09
Satay Gagak adalah sebuah mitost yang dipercayai oleh orang Asia Tenggara, di mana seseorang menjual hidangan aneh ini kepada makhluk dunia halus sebagai pertukaran untuk emas atau kekayaan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 8Misteri Banglo Tinggal | Cerita Hantu Seram S3EP08
Ramai tidak sedar kita sebenarnya berkongsi ruang dengan dunai paranormal . Kadang-kadang, apabila sesuatu ruang dibiarkan kosong untuk masa yang lama, ia akan diduduki oleh penduduk dari alam gaib. Mungkin selepas anda mendengar episod ini, ia boleh menimbulkan ketakutan apabila anda mendengar bunyi aneh di rumah anda. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 7Sumpah Orang Minyak | Cerita Hantu Seram S3EP07
Orang Minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri atau membuat onar. Ada pendapat mengatakan, Orang Minyak terhasil kerana pada awalnya dia tersalah menuntut menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan terpukau dan ditanda dengan pangkah pada mukanya selepas dinodai. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 6Jiran Misteri | Cerita Hantu Seram S3EP06
Mungkin tanpa anda sedar, anda kini sedang berkongsi ruang dengan sesuatu dari alam ghaib, bunyi-bunyian aneh dan kehadiran entiti yang menakutkan boleh dirasai di rumah anda. Berlaku kejadian-kejadian yang tidak dapat dijelaskan dengan logik akal. Selepas mendengar cerita ini, mungkin anda akan rasa tidak pernah keseorangan lagi. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 5Pekan Gurney | Cerita Hantu Seram S3EP05
Sesetengah tempat mempunyai tempat istimewa dalam dunia paranormal, seperti Pekan Gurney di mana kegelapan mungkin menyembunyikan misteri yang menakutkan, dan roh-roh yang terlepas dari alamnya mungkin berkeliaran di malam yang sunyi Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 4Aplikasi Misteri | Cerita Hantu Seram S3EP04
Pernahkah anda merasai ketakutan ketika memandu seorang diri di malam hari? aplikasi telefon boleh mengkaburi mata, peta menghala anda ke destinasi yang tak dikenal. Mungkin selepas mendengar kisah ini anda akan periksa dua kali aplikasi anda ketika memandu di malam hari. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 3Batu Nisan Berpindah Kubur | Cerita Hantu Seram S3EP03
Terdapat sebuah kisah mistik yang telah tersebar tentang batu nisan yang berpindah dari kuburannya. Teror ini bukan sekadar cerita rekaan, tetapi pengalaman sebenar. Kubur arwah tersayang disembunyikan dari pandangan kita oleh iblis dan setan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 2Simalungu | Cerita Hantu Seram S3EP02
Dalam mitos lama masyarakat Iban, buaya jelmaan itu disangka adalah wujudnya pahlawan bernama Simalungu. Kecemerlangan Simalungun dikaitkan dengan ilmu kebal yang dimiliki, menjadikan badannya tidak mampu ditembus oleh senjata mana pun. Pada tahun 1980-an, kepercayaan segelintir penduduk Iban mengetengahkan legenda buaya raksasa 'Bujang Senang', yang kononnya berasal daripada Simalungu yang terkena sumpahan, diubah menjadi haiwan tersebut. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S3 Ep 1Bukit Putus | Cerita Hantu Seram S3EP01
Kisah - kisah Seram Di Bukit Putus agak gempar dan menyeramkan. Ramai pengguna jalan raya menceritakan pengalaman paranormal yang mencatatkan wanita cantik dan keluarga tanpa kepala yang dikatakan menjadi mangsa kemalangan di kawasan Bukit Putus. Selepas mendengar episod ini, anda mungkin akan berfikir dua kali sebelum melalui kawasan tersebut . Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 20Lembaga Hitam Dari China | Cerita Hantu Seram S2EP20
Amanda Tan berkongsi pengalaman paranormal yang aneh semasa lawatannya ke China semasa remajanya di mana dia berdepan dengan sebuah lembaga hitam yang misterius yang seolah-olah berada di bayangan, memerhatikan setiap langkahnya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 19Jin Dasim Perosak Rumah Tangga | Cerita Hantu Seram S2EP19
Jin Dasim adalah jin atau syaitan yang suka memecah belah rumah tangga, mereka akan menghasut suami isteri untuk bergaduh. Hati-hati jika anda dan pasangan kerap bergaduh tanpa sebab dan selalu rasa nak marah saja. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 18Pakaian Bundle | Cerita Hantu Seram S2EP18
Istilah 'menyelam' ketika mencari pakaian atau pelbagai barangan terpakai atau lebih popular disebut 'bundle' memang tidak asing lagi dalam kalangan penggemarnya. Barangan terpakai mungkin mempunyai ikatan dengan roh yang telah meninggal dan pemilik baru mungkin akan mengalami kesannya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 17Permainan Berpuaka | Cerita Hantu Seram S2EP17
Ouija juga dikenal sebagai papan roh atau papan bicara, adalah papan datar yang ditandai dengan huruf alfabet, angka 0–9, kata "ya" , "tidak", kadang-kadang "halo" dan "selamat tinggal", bersama dengan berbagai simbol dan grafik. Di mana huruf dan angka bercerita, dan jawapan 'ya' dan 'tidak' dapat mengundang ketakutan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 16Homestay | Cerita Hantu Seram S2EP16
Adakah segelintir homestay ini tempat menumpang bagi hantu yang tak dapat berpindah ke alam lain? Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah homestay ini benar-benar berhantu atau ada penjelasan lain yang belum terungkai? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 15Khadam dan Saka | Cerita Hantu Seram S2EP15
'Khadam' dianggap sebagai pelindung keturunan, menjaga mereka dari gangguan dan kejahatan baik dari manusia maupun jin. manakala Saka ditakrifkan sebagai pusaka iaitu dengan membawa maksud segala yang ditinggalkan oleh seseorang yang telah meninggal dunia untuk diwarisi oleh ahli keluarganya atau keturunannya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 14Apa Itu Cenuai? | Cerita Hantu Seram S2EP14
Cenuai diambil daripada bahasa Orang Asli yang bermaksud pengasih. Minyak yang didakwa boleh merendam rindu bagi yang membenci dan mendingin hati amarah itu dibuat daripada minyak wangi, tumbuhan dan kaedah tertentu. Ia menjadi rebutan kerana didakwa sebagai minyak pengasih yang ampuh. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 13Gangguan Makhluk Halus Di Rumah | Cerita Hantu Seram S2EP13
Penunggu merupakan istilah yang merujuk kepada roh penjaga yang mempunyai pertalian dengan Puaka atau Jin. Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada mana-mana roh alam ghaib, sama ada mereka berada di sana secara sukarela atau diundang. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 12Aktiviti Paranormal | Cerita Hantu Seram S2EP12
Aktiviti paranormal merujuk kepada peristiwa atau fenomena yang dianggap di luar penjelasan sains konvensional atau normal. Aktiviti ini sering kali dikaitkan dengan kepercayaan kepada kekuatan atau entiti supranatural, seperti hantu, roh, atau kekuatan gaib lainnya. cerita ini mungkin merubah mengubah cara anda melihat dunia sekeliling. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 11Dukun Dan Bomoh | Cerita Hantu Seram S2EP11
Bomoh merupakan orang yang dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit kerana dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib. Ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai dukun, atau pawang. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 10Voodoo | Cerita Hantu Seram S2EP10
Voodoo adalah sebuah tradisi dan kepercayaan yang berasal dari wilayah Afrika Barat, terutama di negara-negara seperti Benin, Togo, dan Ghana. Tradisi ini kemudian tersebar ke berbagai daerah di dunia, terutama di Haiti dan Amerika Serikat. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 9Toyol Anak Jelma Kegelapan | Cerita Hantu Seram S2EP9
Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Selepas mendengar episod ini, anda mungkin akan merasa takut apabila anda mendengar perkataan "toyol". Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 8Orang Bunian | Cerita Hantu Seram S2EP8
Orang bunian ialah makhluk halus, dalam kepercayaan masyarakat Malaysia, Brunei dan Indonesia, yang tidak boleh dilihat oleh manusia, kecuali bagi mereka yang mempunyai "penglihatan rohani". Selepas mendengar cerita ini, anda mungkin akan mula bertanya-tanya sama ada anda tinggal seorang diri atau ada sesuatu yang berkongsi rumah yang anda mendiami. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 7Susuk | Cerita Hantu Seram S2EP7
Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna, dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dan sebagainya .Tapi, ketahuilah, harga yang harus dibayar akan menggigilkan jiwamu! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 6Makhluk Halus Menunggu | Cerita Hantu Seram S2EP6
Makhluk Halus seperti jin dan syaitan, yang menghuni alam ghaib, selalu mengintai dalam kesunyian. Ketika kamu berada seorang diri, kamu yakin bahawa kamu benar-benar seorang diri, atau ada sesuatu bersamamu? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 5Penunggu Hotel | Cerita Hantu Seram S2EP5
Shazreen Shaharum berkongsi kisah seram di hotel. Setelah anda mendengar kisah ini, anda mungkin mulai merasa ketakutan, adakah anda benar-benar sendirian atau sesuatu selalu mengawasi. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 4Qarin | Cerita Hantu Seram S2EP4
Qɑrɪn adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari golongan syaitan yang mendampingi setiap manusia. Selepas mendengar kisah ini anda pasti akan mempertanyakan siapa yang sebenarnya berada di sekeliling anda. Adakah anda yakin ia benar-benar mereka yang anda sangka? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 3Santau | Cerita Hantu Seram S2EP3
Santau adalah sejenis ilmu hitam atau sihir yang digunakan untuk meracuni atau mengganggu seseorang sering kali dikaitkan dengan konsep mistis . Di dalam episod ini, kita menyelami kisah misteri santau yang menggigilkan! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

S2 Ep 2Sumpahan Hijab Terbuka | Cerita Hantu Seram S2EP2
Rasa ingin tahu sering menarik perhatian topik membuka hijab, ada segelintir individu yang merasakan jika hijab dibuka pasti memberikan pengalaman yang menakjubkan serta menyeronokkan. Adakah anda pasti seronok? Mampu terima kesannya? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices