
Kisah Seorang Stuntman Yang Naik Jadi Hero. S3/EP 49
BORAK KAYPOH S4! · Kaypoh
Audio is streamed directly from the publisher (media.transistor.fm) as published in their RSS feed. Play Podcasts does not host this file. Rights-holders can request removal through the copyright & takedown page.
Show Notes
Dalam episod terbaru Borak Kaypoh ini, kita menyelami perbualan santai tetapi penuh isi bersama otai industri, Razib Salimin, dan pengarah berbakat, Azlan Norani. Mereka berkongsi kisah di sebalik pembikinan filem terbaharu mereka, Penghukum, daripada detik awal ilham tercetus, ke cabaran yang mereka hadapi di set, hinggalah momen spontan yang mencuit hati serta yang menguji kesabaran.
Sembang kali ini membawa pendengar menelusuri proses kreatif dua figura yang begitu komited menghasilkan sebuah naskhah aksi yang segar, mendalam dan sarat emosi.
Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.
#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #filemmalaysia #podcast #penghukum