PLAY PODCASTS
Vinicius Junior atau Neymar Junior? | Borak Borak Botak | Ep23
Season 1 · Episode 23

Vinicius Junior atau Neymar Junior? | Borak Borak Botak | Ep23

Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM]

May 4, 202450m 49s

Audio is streamed directly from the publisher (traffic.megaphone.fm) as published in their RSS feed. Play Podcasts does not host this file. Rights-holders can request removal through the copyright & takedown page.

Show Notes

Selamat datang ke episod 23 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Fareed Rozaini & BroHanz, membincangkan tentang saingan separuh akhir UEFA Champions League diantara Bayern Munich & Real Madrid dimana analisis perlawanan membuka ruang untuk membincangkan silap pertahanan kelab jerman itu, Kim Min Jae, selain persembahan 'Worldclass' dari Toni Kroos & Vini Jr yang memberi harapan buat Real Madrid di Santiago Bernabeu nanti. Selain itu, fokus juga pada perlawanan Borussia Dortmund & PSG dimana persembahan mencipta sejarah oleh Jadon Sancho menimbulkan tanda tanya tentang masa depan pemain tersebut di Manchester United. Minggu ini juga memberi tumpuan pada Thiago Silva yang baru mengumumkan bahawa beliau bakal tinggalkan Chelsea pada hujung musim nanti. Apa seterusnya buat pemain pertahanan veteran itu? Dan tentunya perlawanan tumpuan pada hujung minggu ini, Liverpool berdepan Tottenham di Anfield! Drama dalaman Liverpool bakal memberi harapan buat Tottenham yang mengejar kedudukan 4 terbaik? Dan siapa Arne Slot yang bakal mengetuai Liverpool pada musim hadapan?


Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802

Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices