PLAY PODCASTS
Impak Trent di Real Madrid | Borak Borak Botak | Musim 2 | Ep32

Impak Trent di Real Madrid | Borak Borak Botak | Musim 2 | Ep32

Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM]

March 29, 202551m 40s

Audio is streamed directly from the publisher (traffic.megaphone.fm) as published in their RSS feed. Play Podcasts does not host this file. Rights-holders can request removal through the copyright & takedown page.

Show Notes

Selamat datang ke episod 32 musim ke-2 podcast Borak-Borak Botak! Minggu ini Nafis 'Abang Botak' bersama tetamu, Brohanz & Kamil Aminuddin buka panggung dengan ‘Game of The Week' suku akhir UEFA Nations League 2024/2025 dengan memperlihatkan aksi-aksi yang menarik dipersembahkan oleh semua 8 negara Eropah yang berentap. Joshua Kimmich, Lamine Yamal dan Michael Olise menjadi pemain tumpuan untuk perlawanan suku akhir UEFA Nations League kali ini. Selain itu, ‘Berani ke tak?’ dalam episod minggu ini juga memberi fokus kepada pemilihan Igor Tudor sebgai pengganti Thiago Motta apabila beliau diberhentikan selepas skuad ‘Old Lady’ itu mengharungi saingan Seria A musim ini dengan agak celaru. Akhir sekali, ‘Yekeni?’ minggu ini memberi tumpuan kepada topik yang paling hangat dibualkan dikalangan peminat bola antarabangsa iaitu perpindahan Trent Alexander-Arnold ke Real Madrid. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau namun inilah bola sepak, pemain datang dan pergi begitu juga jurulatih dan pengendali.


Semua ini akan terjawab dalam episod kali ini dan jangan lupa saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802

Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices