
Cole Palmer hilang magis | Borak Borak Botak | Musim 2 | Ep28
Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM]
Audio is streamed directly from the publisher (traffic.megaphone.fm) as published in their RSS feed. Play Podcasts does not host this file. Rights-holders can request removal through the copyright & takedown page.
Show Notes
Selamat datang ke episod 28 musim ke-2 podcast Borak-Borak Botak! Minggu ini Nafis 'Abang Botak' bersama tetamu, Nurudin Albakri dan Myra buka panggung dengan 'Player of The Week' di mana Cole Palmer pemain muda di kelab Chelsea sudah mula hilang magisnya apabila ketiadaan Nicolas Jackson. Selain itu, pemain yang sudah mula dimamah usia & tahap fizikal yang semakin menurun tapi bijak mengawal corak permainan, iaitu Kevin De Bruyne dalam segment 'Yeke Ni'. Akhir sekali, 'Game of The Week', kita akan bincangkan 2 perlawanan tumpuan dari dua liga yang berbeza iaitu yang pertama dari liga LaLiga di mana pertemuan antara Atletico Madrid menentang Athletic Club pada pagi ahad, 2 Mac. Perlawanan seterusnya di mana pertembungan 2 kelab besar di bumi Itali iaitu Napoli akan menentang Inter Milan juga kita bincangkan sekali perbezaan diantara dua penyerang yang mewakili setiap satu pasukan iaitu Romelu Lukaku wakil dari Napoli & Marcus Thuram dari pasukan Inter Milan.
Semua ini akan terjawab dalam episod kali ini dan jangan lupa saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices