PLAY PODCASTS
30 Hari 30 Ayat

30 Hari 30 Ayat

Media Selangor

30 episodesMS

Show overview

30 Hari 30 Ayat has published 30 episodes during 2025. That works out to roughly 4 hours of audio in total. Releases follow a near-daily cadence.

Episodes typically run under ten minutes โ€” most land between 7 min and 8 min โ€” and the run-time is fairly consistent across the catalogue. None of the episodes are flagged explicit by the publisher. It is catalogued as a MS-language Religion & Spirituality show.

The catalogue appears to be on hiatus or wound down โ€” the most recent episode landed 1.1 years ago, with no new episodes in over a year. Published by Media Selangor.

Episodes
30
Started
2025
Median length
7 min
Cadence
Near-daily

From the publisher

๐ŸŒ™ RAMADAN AL-MUBARAK 1446H ๐ŸŒ™Ramadan tiba lagi, membawa keberkatan dan peluang untuk kita semua memperbaiki diri. Semoga bulan penuh rahmat ini meningkatkan nilai ketakwaan kita dan mengukuhkan amalan kebaikan dalam kehidupan seharian.๐Ÿ“– Tahun ini, 30 Hari 30 Ayat kembali dengan pengisian lebih bermakna, menampilkan Farhatul Fairuzah, Juara Qariah Kebangsaan & Antarabangsa bersama tiga pembimbing hebat:๐Ÿ”น Ustaz Faiz Fateh al-Azhari๐Ÿ”น Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid๐Ÿ”น Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed ZabidiJadikan Ramadan kali ini sebagai ruang untuk lebih mendekati al-Quran dan memperkukuh keimanan kita.#30Hari30Ayat #RamadanMubarak #KitaSelangor

Latest Episodes

View all 30 episodes

S3 Ep 12Episod 12 - Surah Al Mulk Ayat 13-15

๐Ÿ“– Surah Al-Mulk, Ayat 13-15Dalam episod hari ini, kita menghayati bagaimana kebijaksanaan Allah SWT yang menciptakan segala sesuatu, tidak ada yang tersembunyi dari-Nya, termasuk apa yang ada di dalam hati kita.Bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, mari kita fahami bagaimana ayat-ayat ini memberi pengajaran tentang kuasa Allah SWT dalam memegang segala ketentuan dan bagaimana kita harus mendalami makna kebesaran-Nya dalam kehidupan kita.๐Ÿ“Œ Saksikan penuh perbincangan dalam episod 12, 30 Hari 30 Ayat, dan teruskan bersama kami untuk mendalami ayat-ayat selanjutnya!#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor Tiktokhttps://vt.tiktok.com/ZSMGfevwn/Youtubehttps://youtu.be/QsBwNr3EuPA?feature=sharedFacebookhttps://www.facebook.com/share/v/15odiDuN8e/?mibextid=wwXIfrInstagramhttps://www.instagram.com/reel/DHIV1cWRbjO/?igsh=MXFlaDRpYWJ0ZGtueQ==Xhttps://x.com/amirudinshari/status/1900082294184100322?s=46&t=2QFM4srnkK_IPzCD0UYzJg

Apr 22, 20256 min

S3 Ep 11Episod 11 - Surah Al Mulk Ayat 10-12

๐Ÿ“– Surah Al-Mulk, Ayat 10-12Dalam ayat ini, Allah SWT menggambarkan keadaan golongan manusia yang dicampakkan ke dalam neraka, menyesali keengganan mereka untuk mendengar dan memahami kebenaran semasa hayat mereka.Bagaimana kita boleh mengambil iktibar dari ayat ini? Bagaimana pendengaran dan kefahaman memainkan peranan penting dalam membentuk iman kita?Sertai perbincangan mendalam dalam episod ke-11, 30 Hari 30 Ayat, bersama Habib Ali Zaenal Abidin Hamid di platform digital rasmi!#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor Tiktokhttps://vt.tiktok.com/ZSMsdrr1V/Youtubehttps://youtu.be/MsMB7yA7CXIFacebookhttps://www.facebook.com/share/v/1BbCjv68kS/Instagramhttps://www.instagram.com/reel/DHFxN8OxGLA/?igsh=MWlibTUzNGl6MXl0eA==Xhttps://x.com/AmirudinShari/status/1899716441030680723

Apr 22, 20257 min

S3 Ep 10Episod 10 - Surah Al Mulk Ayat 7-9

๐Ÿ“– Surah Al-Mulk, Ayat 7-9Ayat ini menggambarkan betapa dahsyatnya azab neraka bagi mereka yang ingkar kepada Allah SWT. Gambaran neraka yang menggelegak adalah peringatan khusus buat kita semua.Bagaimana peringatan ini membentuk kesedaran kita dalam kehidupan seharian? Saksikan perbincangan eksklusif dalam episod ke-10 30 Hari 30 Ayat, hanya di platform rasmi!#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor Tiktokhttps://vt.tiktok.com/ZSMgxMjAs/Youtubehttps://youtu.be/VK6IpyzSazQ?feature=sharedFacebookhttps://www.facebook.com/share/v/1XGz4WoYUa/?mibextid=wwXIfrInstagramhttps://www.instagram.com/reel/DHDMdLRx7YY/?igsh=MXZsbGc4ZDlpeTJqMw==Xhttps://x.com/amirudinshari/status/1899356879870116149?s=46&t=2QFM4srnkK_IPzCD0UYzJg

Apr 22, 20257 min

S3 Ep 9Episod 9 Surah Al Mulk Ayat 2-6

๐Ÿ“– Surah Al-Mulk, Ayat 2-6Kehidupan dan kematian adalah ujian terbesar bagi manusia. Allah SWT mencipta dunia sebagai tempat ujian untuk menilai siapakah yang terbaik amalannya.Dalam episod ke-9 ini, kita akan mendalami bagaimana ayat ini mengajarkan kita tentang kualiti dalam beramal, bukan sekadar kuantiti, serta bagaimana kebesaran Allah SWT tergambar dalam penciptaan langit dan seluruh alam.๐Ÿ“Œ Saksikan perbincangan penuh dalam 30 Hari 30 Ayat hanya di TV AlHijrah & platform digital!#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangorTiktok - https://vt.tiktok.com/ZSMb2fNwg/X - https://x.com/amirudinshari/status/1898993116813861081?s=46Facebook - https://www.facebook.com/share/v/18TPrQJnMy/?Instagram - https://www.instagram.com/reel/DHAnkQOyapB/?igsh=MTk2bGRpMmp5bGF2MA==

Apr 22, 20259 min

S3 Ep 8Episod 8 - Surah Al Mulk Ayat 1

๐Ÿ“– Surah Al-Mulk: Kerajaan dan Pelindung UmatSurah Al-Mulk bukan sekadar sebuah surah biasa, tetapi memiliki keistimewaan dan makna yang besar dalam kehidupan seorang Muslim. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk membaca dan menghafalnya kerana kelebihan besar yang dimilikinya.๐ŸŒŸ Dalam episod ke-8 30 Hari 30 Ayat, kita akan mengupas bagaimana Surah Al-Mulk:โœ… Memberi syafaat kepada pembacanyaโœ… Menjadi pelindung dari azab kuburโœ… Mengukuhkan keimanan dengan peringatan tentang kekuasaan AllahJom dalami rahsia dan hikmah Surah Al-Mulk bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid hanya di 30 Hari 30 Ayat. Jangan ketinggalan!๐Ÿ“Œ Saksikan di TV AlHijrah, Media Selangor & platform digital rasmi.#30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor Tiktokhttps://vt.tiktok.com/ZSMV7MFcu/Youtube https://youtu.be/uRVdoeoi4QoFacebook https://www.facebook.com/share/v/1EJJvnbyAR/Instagramhttps://www.instagram.com/reel/DG-CwSszMIf/?igsh=MTM1N2Z4Mm5hNXpudA==Xhttps://x.com/AmirudinShari/status/1898629440491700685

Apr 22, 20257 min

S3 Ep 7Episod 7 - Surah Al-Fatihah Ayat 7

๐Ÿ“– Surah Al-Fatihah, Ayat 7Ayat penutup Surah Al-Fatihah ini mengisahkan berkenaan haluan dan jalan yang harus kita ikuti. Allah SWT menegaskan perbezaan antara golongan yang mendapat nikmat dan mereka yang dimurkai serta sesat.Siapakah golongan yang mendapat nikmat? Dan bagaimana kita boleh mengelak daripada tergolong dalam kelompok yang dimurkai? Saksikan episod ini untuk memahami dengan lebih mendalam tafsiran ayat terakhir Surah Al-Fatihah.๐Ÿ“Œ Tonton di TV AlHijrah & platform digital!#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor Tiktokhttps://vt.tiktok.com/ZSM4fqnFV/Youtube https://youtu.be/j2kow98nS38Facebook https://www.facebook.com/share/v/1B3hfduT9d/Instagramhttps://www.instagram.com/reel/DG7eWNwxSKc/?igsh=MW0xYW9rb2VxcDIxdg==Xhttps://x.com/AmirudinShari/status/1898267264769835240

Apr 22, 20256 min

S3 Ep 6Episod 6 - Surah Al-Fatihah Ayat 6

๐Ÿ“– Surah Al-Fatihah, Ayat 6Ayat ini bukan sekadar doa, tetapi satu matlamat penting dalam hidup kita sebagai Muslim. Ulama menafsirkan bahawa Islam adalah jalan lurus, jalan yang membawa cahaya kebenaran.Dalam episod hari ini, kita akan memahami maksud sebenar jalan yang lurus dan bagaimana ia membentuk kehidupan kita. Saksikan perbincangan eksklusif bersama Ustaz Faiz Fatih hanya di 30 Hari 30 Ayat!#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor Tiktok https://vt.tiktok.com/ZSMC3gL9k/Youtube https://youtu.be/UXlETTCXPhQFacebook https://www.facebook.com/share/v/1Xb2dgrr5V/Instagramhttps://www.instagram.com/reel/DG45XxwxhUP/?igsh=M282Z2VzYWNzZ3h0Xhttps://x.com/AmirudinShari/status/1897906451743752347

Apr 22, 20256 min

S3 Ep 5Episod 5 - Surah Al-Fatihah Ayat 5

โ€œHanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan.โ€ (Al-Fatihah: 5)Hari ini kita membicarakan berkenaan ayat penting ini yang merupakan konsep tawakal.Bagaimana ayat ini menjadi asas kepada kehidupan seorang Muslim? Sertai perbincangan dalam episod ke-5, 30 Hari 30 Ayat untuk mendalami maksud dan tafsirannya.#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor Tiktok https://vt.tiktok.com/ZSMQaYaeJ/Youtube https://youtu.be/lUQFITwumUoFacebook https://www.facebook.com/share/v/1BcXi2GQ37/Instagramhttps://www.instagram.com/reel/DG2TsysRv4w/?igsh=ZHdvNmVubTdicDZiXhttps://x.com/AmirudinShari/status/1897543075620380780

Apr 22, 20256 min

S3 Ep 4Episod 4 - Surah Al-Fatihah Ayat 4

Tuhan yang Menguasai Hari Pembalasan.Setiap amalan kita di dunia akan diperhitungkan. Ayat ini membawa kita memahami konsep keadilan, di mana kebaikan sekecil zarah akan dibalas dengan syurga, dan kezaliman tidak akan terlepas dari hukuman.Bagaimana pemahaman ini memberi harapan kepada insan yang diuji? Mari kita hayati bersama dalam episod keempat 30 Hari 30 Ayat ini.๐Ÿ“Œ Tonton penuh di TV AlHijrah & platform digital!#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor Tiktok https://vt.tiktok.com/ZSMxLqcfJ/Youtube https://youtu.be/KPqn9iOIBl4Facebook https://www.facebook.com/share/v/1LWi6PZX6o/Instagramhttps://www.instagram.com/reel/DGzv5EwRgRZ/?igsh=eGJodjl5dTZ2NXhyXhttps://x.com/AmirudinShari/status/1897180104188682539

Apr 22, 20256 min

S3 Ep 3Episod 3 - Surah Al-Fatihah Ayat 3

Kasih sayang Allah SWT tiada bandingannya. Dalam Surah Al-Fatihah, dua namaNya, Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang menggambarkan betapa luasnya rahmat Allah kepada seluruh makhluk.Bagaimana konsep kasih sayang ini membentuk hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia? Apa hikmah di sebalik pengulangan dua sifat ini dalam Al-Quran?Jom bersama dalam 30 Hari 30 Ayat untuk menghayati rahmat Allah yang melimpah-ruah. ๐Ÿคฒโœจ#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor Tiktok https://vt.tiktok.com/ZSMHV1EYL/Youtube https://youtu.be/7_ospGxlDMAFacebook https://www.facebook.com/share/v/15H8yPWRYU/?mibextid=wwXIfrInstagramhttps://www.instagram.com/reel/DGxKkjvTDA0/?igsh=MnljYXB1NmM0Y2Jn Xhttps://x.com/amirudinshari/status/1896818666165146017?s=46&t=2QFM4srnkK_IPzCD0UYzJg

Apr 22, 20256 min

S3 Ep 2Episod 2 Surah Al-Fatihah Ayat 1-2

๐Ÿ“– Dua ayat pertama dalam Surah Al-Fatihah bukan sekadar lafaz biasa, tetapi turut berkisar konsep ketauhidan dan kebesaran Allah SWT.Bagaimana โ€˜Bismillahโ€™ menjadi kunci keberkatan dalam setiap langkah kehidupan? Apa makna sebenar โ€˜Alhamdulillahโ€™ dalam konteks keagungan dan kesempurnaan Allah SWT?Saksikan episod kedua 30 Hari 30 Ayat untuk memahami lebih mendalam tentang ayat pembuka yang menjadi asas keimanan setiap Muslim.๐Ÿ“Œ Tonton di semua platform rasmi!#30Hari30Ayat #Ramadan Tiktok https://vt.tiktok.com/ZSMukMJXx/Youtube https://youtu.be/ab_WzlaKY5s?feature=sharedFacebook https://www.facebook.com/share/v/1E11ydBZdq/?mibextid=wwXIfrInstagramhttps://www.instagram.com/reel/DGulzgRxXTQ/?igsh=MXNvYWppOTdwNGx6cA== Xhttps://x.com/AmirudinShari/status/1896455945628336148

Apr 22, 20257 min

S3 Ep 30Episod 30 Surah An Nas Ayat 4-6

๐Ÿ“– Episod 30 โ€“ Surah An-Nas : Perlindungan Terakhir Hari ini kita menutup tirai dengan Surah An-Nas. Ayat-ayat perlindungan yang menjadi perisai hidup kita daripada bisikan jahat, luar dan dalam. Nafsu, syaitan, manusia dan semuanya boleh menyesatkan bila kita alpa. Terima kasih saya ucapkan kepada para asatizah, kru penerbitan, dan anda semua yang setia menonton. Semoga ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan untuk lebih cinta dan faham akan kalam Allah. ๐ŸŒ™โœจ #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor

Mar 31, 20257 min

S3 Ep 29Episod 29 Surah An Nas Ayat 1-3

๐Ÿ“– Surah An-Nas, Ayat 1-3Saat kita semakin hampir ke penghujung Ramadan, kita diajak untuk kembali mengenali siapa pelindung sejati kita.Tiga ayat pertama surah ini menyusun dengan indah: Allah sebagai Pencipta, Pemilik, dan Tuhan yang satu untuk disembah.Perlindungan sejati hanya datang daripada-Nya. Saksikan perbincangan hari ini bersama Ustaz Faiz Fateh Al Azhari.#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor

Mar 30, 20255 min

S3 Ep 28Episod 28 Surah An Nas

๐Ÿ“– Surah An-Nas โ€“ Permintaan Perlindungan di Penghujung RamadanSemakin hampir ke hujung Ramadan, kita diajar untuk memohon perlindungan daripada bisikan halus yang boleh merosakkan akidah dan iman. Surah An-Nas bukan sekadar penutup dalam susunan al-Quran, ia juga mengingatkan kita betapa perlunya perlindungan Ilahi dalam mempertahankan hidayah yang telah kita mohon sejak ayat pertama Surah al-Fatihah.Saksikan perbincangan bermakna bersama Ustaz Faiz Fateh Al Azhari dalam episod ke-28, 30 Hari 30 Ayat.#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor

Mar 29, 20256 min

S3 Ep 27Episod 27 Surah Al Waqiah Ayat 68-74

๐Ÿ“– Surah Al-Waqiโ€™ah, Ayat 68โ€“74Air yang kita minum, api yang kita nyalakan, tanaman yang tumbuh, dan zuriat yang lahir โ€” semua ini adalah nikmat yang Allah ciptakan dengan kasih sayang-Nya.Episod ke-27 ini membawa kita merenungi bagaimana keagungan ciptaan Allah menjadi hujah kukuh akan kewujudan dan kepastian Hari Akhirat. Segalanya bukan sekadar peringatan, tapi tanda cinta Allah buat hamba-Nya.Ikuti perbincangan penuh bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dalam 30 Hari 30 Ayat hanya di platform rasmi!#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor

Mar 28, 20258 min

S3 Ep 26Episod 26 Surah Al Waqiah Ayat 63โ€“67

๐Ÿ“– Surah Al-Waqiโ€™ah, Ayat 63โ€“67Pernahkah kita merenung, siapa sebenarnya yang menumbuhkan tanaman di bumi ini? Benihnya kita tanam, tetapi hanya Allah SWT yang mampu menumbuhkannya. Itulah antara mesej besar dalam ayat yang kita hayati hari ini.Ayat ini membawa kita menyedari bahawa setiap rezeki, setiap hasil โ€” semuanya dari Allah, bukan semata-mata dari kudrat manusia. Ia juga menjadi peringatan bahawa usaha kita mesti diiringi dengan keimanan dan syukur yang mendalam.Saksikan kupasan menarik bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dalam episod ke-26, hanya di 30 Hari 30 Ayat.#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor

Mar 27, 20256 min

S3 Ep 25Episod 25 Surah Al Waqiah Ayat 57-62

๐Ÿ“– Surah Al-Waqiah, Ayat 57-62Al-Quran menjemput kita berfikir, apakah manusia dicipta tanpa tujuan? Dalam episod ini, kita melihat bagaimana ayat-ayat ini mengajak kita merenung penciptaan manusia, proses kematian, dan kehidupan akhirat sebagai satu rantaian yang saling berkait.Sertai tadabbur hari ini untuk mendalami hakikat penciptaan, kematian dan kebangkitan semula.#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor

Mar 26, 20257 min

S3 Ep 24Episod 24 Surah Al Waqiah Ayat 47-56

๐Ÿ“– Surah Al-Waqiah, Ayat 47โ€“56Episod ini membawa kita menyelami satu peringatan keras daripada Allah SWT kepada golongan yang enggan mempercayai hari kebangkitan. Mereka mempersoalkan kehidupan selepas mati, malah mencemuh kewujudan hari pembalasan.Apa akibatnya? Mereka akan diberi makanan dari pohon zaqqum yang pahit, diikuti air panas yang menggelegak, satu seksaan yang kekal dan menyakitkan. Ini bukan sekadar cerita, tetapi peringatan tentang keimanan dan persediaan rohani yang perlu kita lakukan.Saksikan perbincangan eksklusif bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dalam 30 Hari 30 Ayat hari ini, untuk memahami betapa pentingnya keyakinan terhadap hari akhirat.#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor

Mar 25, 20257 min

S3 Ep 23Episode 23 Surah Al Waqiah Ayat 41-46

๐Ÿ“– Surah Al-Waqiah, Ayat 41-46Dalam episod ke-23 ini, kita menyelami kisah ashabul syimal, golongan yang menerima catatan amalan dengan tangan kiri. Ayat ini menggambarkan azab yang pedih di akhirat akibat kealpaan terhadap dunia dan keengganan bertaubat daripada dosa besar.Ketika dunia menjadi keutamaan dan maksiat dibanggakan, di situlah permulaan kepada kelalaian yang mengundang murka Allah. Ayuh, semarakkan Ramadan ini dengan taubat yang ikhlas dan keinginan untuk menjauhi kesilapan masa lalu. Saksikan perbincangan penuh bermakna bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi dalam episod kali ini.#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor

Mar 24, 20257 min

S3 Ep 22Episod 22 Surah Al-Waqiโ€™ah, Ayat 27-40

๐Ÿ“– Surah Al-Waqiโ€™ah, Ayat 27-40Ashabul Yamin, golongan yang menerima catatan amalan dengan tangan kanan. Dalam episod kali ini, kita menyelami nikmat luar biasa yang dijanjikan kepada mereka yang bermujahadah untuk taat dan menundukkan hawa nafsu.Apakah syarat untuk tergolong dalam kelompok ini? Bagaimana kita boleh menggapai darjat yang mulia ini di sisi Allah? Ikuti perbincangan penuh bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi dalam 30 Hari 30 Ayat, episod ke-22 hari ini.#30Hari30Ayat#Ramadan2025#KitaSelangor

Mar 23, 20257 min
Media Selangor 2025